Connect with us

Semasa

[VIDEO] “Kami pernah jumpa di India & Pakistan, dia belajar Hafiz Al-Quran,” Ebit Lew Kongsi Kisah Mangsa COVID-19

Penceramah bebas, Ebit Lew sebak mengetahui, Muhammad Yusof bin Haron, antara jemaah tabligh yang dijangkiti COVID-19 meninggal dunia baru-baru ini. Jelasnya, dia tidak dapat menahan air mata daripada jatuh selepas menghubungi isteri arwah, Noradilah yang memaklumkan suaminya mempunyai masalah pernafasan. Malah lebih menyedihkan, isteri dan empat anaknya turut positif COVID-19, sementara seorang lagi negatif dan […]

Ustaz Ebit Lew meluahkan rasa sebak apabila mengetahui, Muhammad Yusof bin Haron, antara jemaah tabligh yang dijangkiti COVID-19 telah meninggal dunia baru-baru ini.

Menurut Ebit, beliau tidak dapat menahan air mata daripada jatuh selepas menghubungi isteri arwah, Noradilah yang memaklumkan suaminya mempunyai masalah pernafasan.

Lebih menyayat hati, isteri dan empat anaknya tidak dapat bersama-sama jenazah di saat akhir kerana turut positif COVID-19, sementara seorang lagi negatif dan dikuarantin di tempat lain.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on

“Sebak menangis baru lepas video call Noradilah wife arwah Muhammad Yusof b Haron, 34, mati meninggal asbab Corona Virus dan beliau memang ada masalah pernafasan dari sebelum ini.

“Sebak tengok wife dan 5 anaknya positif covid 19. Tapi semuanya dalam keadaan sihat dan tiada demam or sesak nafas. Seorang lagi anak negatif dan kuarantin ditempat lain. Ya Allah tuhanku.

“Anak yang besar dah tahu. Yang kecil semua belum faham sangat. Anak dari 7bulan sampai 11tahun. Kecil lagi. Tengok mereka berlari dalam bilik sendiri di hospital JB rasa sebak,”

Pada masa sama, Ebit turut mengucapkan penghargaan bagi kakitangan barisan hadapan hospital dalam berkorban dan berjuang menangani wabak ini.

“Terima kaseh semua Dr dan Nurse di KKM yang berkorban berjuang berjihad disebalik semua ini. Allah selamatkan keluarga pejuang kita semuanya.

“Selamat semuanya insyaAllah. Hanya syurga dan Redha Allah buat tuan puan semua bahagian depan dalam perjuangan kali ini.

“Saudaraku semua terus kita berjuang jaga diri dan kuarantin diri dan ikut nasihat kkm dan negara kita. Jika ada simptom terus buat pemeriksaan. Kita hadapi sebagai sebuah keluarga. Ini waktu bersatu hati. Supaya ALLAH sayang kita. Rahmat Allah sahaja boleh selamatkan kita,”

Ustaz Ebit Lew turut mengimbau kembali saat pertemuannya dengan Allahyarham dan menyifatkannya sebagai seorang yang sangat baik.

“Dari semalam tak boleh tidur mendoakan semua. Sekali tengok arwah macam kenal sangat. Siapa yer. Cuba ingat rupanya tahun 2003 dan 2007 dulu kami pernah jumpa di India Pakistan. Dia dulu belajar hafiz Al-Quran. 15 juz juga. Allahuakbar.

“Ayahnya pendakwah baik. Beberapa kali saya jumpa dia di airport mana dalam dunia mesti tengah baca Al-Quran. Terkesan dengan sifat baiknya.

“Saya baru lepas beri sedikit sumbangan padanya. Jika sesiapa sumbang sedikit ini no akaun isterinya; Bank Islam 010 4102 7184 812. Nor Adilah bt Rani,”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on

Terdahulu, Muhammad Yusof bin Haron menjadi antara dua mangsa pertama yang meninggal dunia akibat jangkitan COVID-19.

Sehingga hari ini, Malaysia mencatatkan dua kematian akibat virus COVID-19 ini.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.