Connect with us

Semasa

[VIDEO] “Kami tak dapat besarkan sebab ekonomi,” Ibu Tinggalkan Anak di Pagar Surau

Sangkaan seorang lelaki menemui kucing didalam kotak meleset apabila beliau menemui bayi lelaki yang diletakkan di dalam kotak berserta sekeping nota.

Nota yang dikepilkan itu dipercayai ditulis penjaga bayi yang meminta maaf dan ia dijumpai di pintu pagar utama Surau Nurul Huda, Kampung Sungai Kajang Baru di sini, hari ini.

Difahamkan, bayi yang cukup sifat dan sihat itu ditemui Ketua Guru Sekolah Agama Rakyat (SAR) Kafa Integrasi Nurul Huda, Kampung Sungai Kajang Baru, Mohd Maidin Abdul Rahim ketika dalam perjalanan ke sekolah pada 7.15 pagi.

Kotak di letakkan di pintu pagar surau

Menurut Mohd Maidin, 38, berkata, di dalam kotak itu turut disertakan lampin pakai buang, bedak dan tisu basah.

“Saya ketika itu mahu ke sekolah untuk meninjau kerja pembersihan dan nampak kotak di pintu pagar surau yang pada mulanya menyangka ada orang membuang anak kucing”.

Kotak tersebut ditutup dengan kain biru

“Kebetulan kotak itu ditutup dengan kain biru, jadi saya ambil keputusan untuk tengok dan selak kain itu. Terkejut saya apabila melihat bayi di dalamnya” lapor Harian Metro.

“Nota tulisan tangan itu yang disertakan, antaranya memohon maaf kerana tidak mampu membesarkan bayi itu disebabkan faktor ekonomi dan berterima kasih kepada individu yang sanggup menjaga bayi itu,” katanya ketika ditemui, hari ini.

Berkemungkin bayi tersebut ditinggalkan selepas Subuh

Jelas Mohd Maidin mendakwa bayi itu mungkin ditinggalkan selepas Subuh kerana surau berkenaan mengehadkan jemaah untuk bersolat sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat.

“Saya maklumkan penemuan itu kepada jemaah surau dan mereka beritahu tidak perasan kotak berkenaan di pintu pagar ketika mereka mahu beredar,” katanya yang memberitahu kejadian itu pertama kali berlaku di kampung berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor Superintendan Ramli Kasa ketika dihubungi mengesahkan mengenai penemuan bayi itu.

Bayi tersebut diletakkan di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat

Katanya, siasatan lanjut sedang dijalankan dan bayi diletakkan di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Sementara itu, menerusi satu lagi perkongsian di Facebook oleh Nur Fitri Damia mengenai bayi itu turut mendapat perhatian ramai.

Kami mintak maaf kerana tidak dapat membesarkan Muhammad Arif

“Kami mintak maaf kerana tidak dapat membesarkan Muhammad Arif atas sebab ekonomi”.

“Kami mohon sesiapa yang dapat dan sanggup membesarkan dia, kami sangat-sangat berterima kasih”.

Itu merupakan kandungan nota yang ditinggalkan penjaga Muhammad Arif beberapa barang keperluan bayi.

Semoga bayi ini sihat dan dapat membesar dengan baik. Diharap Muhammad Arif akan mendapat kasih sayang yang secukupnya apabila bertemu dengan keluarga angkatnya nanti.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.