Solat Jumaat merupakan Fardhu bagi kaum lelaki yang beragama Islam. Sudah menjadi kewajipan bagi yang mampu untuk ke masjid menunaikannya.
Tiada beza dengan orang biasa, artis seperti Alif Satar juga sentiasa menunaikan solat Jumaat di masjid.
Cuma yang menjadi keistimewaan bagi artis ini, Alif sering saja menjadi perhatian jurukamera masjid Negara.
Buktinya sebelum ini sudah beberapa kali wajahnya muncul semasa live solat Jumaat di TV1.
Terbaru, Alif memuatnaik video di laman Instagramnya yang dihantar oleh ibunya pada hari ini.
Di dalam video tersebut menunjukkan kamera fokus pada wajah Alif yang nampak khusyuk mendengar khutbah Jumaat.
“haaaaa mum sent me this.. nampak macam nak ‘landing’ kan? takkk.. ni muka dok mendengar. salam jumaat gais!!!”
Posting Alif itu mendapat pelbagai reaksi daripada para peminatnya sehinggakan ada yang mempersoalkan jika Alif sebenarnya ‘membayar’ jurukamera untuk merakam wajahnya.
Aliff dengan selamba memberitahu tips untuk masuk TV dengan memakai kopiah warna-warni.
Ramai peminat yang lain terhibur dengan video Alif dan meninggalkan komen lucu di instagram beliau.
fabephotography
- Bila la neelofa nk comment kt page sy..
t4uf1k_m01n
sitinurulfarhana88
- macam nak nangis pn ada @alifsatar
emiawangrajiee
- @alifsatar bg sy jer la abg alif huhuu
adiebaroslin
- Hahaha muka keinsafan la bro
marihaamismail
- @ninilicious_bite pagi weyy jalan jem ni guane. Adoi hai.. kne g amik rumoh ko 🥴. Maroh plk si aliff kt g rosak kan post dia.. hahahahaha
puteri_putera98
zubaidah_priani
- Itu bukan termenung, tp menganntuk
atiqah_k
- Mana beli kopiah tu @alifsatar
nrlhzqh93
- dh brp kali dpt masuk tv ni
nazria.aziz
- muka paling suci utk hari ni
rini.inira
- @shfkshmi dia duk saf depan terbukti
leeniy_irneenaa_hawra
- @alifsatar mohon buat prelove akk ada 2 gegel
erinramlan
- Pandai pilih port ni kopiah warna warni
Biodata Alif Satar
Muhammad Alif bin Mohd Satar, lebih dikenali sebagai Alif Satar, ialah seorang penyanyi, pelakon dan pengacara Malaysia.
Alif Satar mula terkenal setelah berjaya mendapat tempat ketiga dalam rancangan realiti TV One in a Million musim pertama sewaktu beliau berusia 16 tahun.
Selain menyanyi, Alif Satar juga berlakon dan mengacara. Lakonan pertama beliau adalah menerusi drama Suria di Cordoba sebagai Rudy.
Namun begitu, lakonan Alif Satar mendapat tempat di hati peminat dan penonton adalah sebagai Ahnaf Wafiy dalam drama adaptasi novel Dia Semanis Honey.
Alif Satar mula berlakon pada usia 14 tahun didalam produksi Wes & London untuk Teater Peter Pan.