Connect with us

Viral

[VIDEO] “Kau patut jaga dia, bukan pukul dia,” Jiran Kesian Sampai Panggil Polis

Kebelakangan ini sering kali tular isu keganasan rumah tangga dan penderaan kanak-kanak di media sosial.

Malah isu berkenaan dilihat mampu mengancam kesejahteraan seisi rumah dan juga kesihatan mental ahli keluarga.

Sebanyak 3,753 kes isteri menjadi mangsa kezaliman suami dicatatkan

Selain itu, ia juga turut mengganggu kesejahteraan jiran tetangga yang terpaksa mendengar pertengkaran yang sepatutnya menjadi rahsia rumah tangga.

Difahamkan, menerusi statistik yang dikeluarkan oleh yang Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), sebanyak 3,753 kes dicatatkan melibatkan si isteri menjadi mangsa kezaliman suami sendiri.

Jiran buat laporan polis dakwa jirannya dizalimi suami sendiri

Lazimnya, apabila berdepan dengan situasi begini isteri akan bertindak berdiam diri kerana tidak mahu suaminya ditahan oleh pihak polis.

Begitu juga seperti video yang dikongsi seorang wanita dikenali sebagai Miss Janda di aplikasi TikTok, yang tampil membuat laporan polis selepas mendakwa jirannya telah dizalimi oleh suami sendiri.

Terdengar suara jirannya menjerit menahan kesakitan

Menerusi rakaman video yang dimuat naik, wanita ini mendakwa jirannya telah dipukul oleh suaminya sendiri.

Ini berikutan wanita tersebut telah terdengar suara jirannya yang menjerit menahan kesakitan.

Anak mereka turut menjerit supaya ayahnya tidak memukul ibu

Pada masa yang sama, teori tersebut dikuatkan lagi apabila anak kepada jirannya turut menjerit supaya ayahnya tidak lagi memukul ibunya.

“Kau jangan berani dalam rumah, kau keluar rumah duduk depan ini. Aku cakap dengan kau, jangan berani pukul dia je.”

Kau dah kahwin patut jaga bukan pukul dia

“Kau dah kahwin dengan dia patut jaga dia, bukan pukul dia. Kau nak aku report polis ke.”

Oleh kerana terdengar jeritan tersebut, wanita ini tampil untuk berdepan dengan lelaki itu dan mengugut untuk membuat laporan polis jika lelaki itu masih memukul isterinya.

Polis sampai selepas kita buat report

Malah ketika kejadian berlaku, dia sempat mempersoalkan tindakan lelaki itu, yang sepatutnya menjadi pelindung buat keluarganya bukan sebaliknya.

“Ok polis sampai, selepas kita buat report. Sebab dia tak nak keluar polis sampai. Kita tengok apa yang terjadi”.

Susulan dari itu, wanita ini tampil membuat laporan polis bagi mengelakkan daripada jirannya terus menjadi mangsa keganasan rumah tangga.

@miss_jandafuck kaki pukul🖕🖕🖕♬ bunyi asal – Miss@janda

1.7 juta tontonan setakat ini

Rakaman video yang dikongikan di aplikasi TikTok itu turut mendapat perhatian ramai dan berjaya meraih 1.7 juta tontonan setelah dimuat naik.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut bersimpati dengan nasib wanita berkenaan.

@miss_jandaok nk cite sis bkn nk sibuk tp wife die menjerit 1 tmn buleh dgr n dgr ank die ckp jgn pukul ibu..tu yg sis kuar sis sound die..♬ bunyi asal – Miss@janda

Mereka turut berterima kasih kepada jiran yang prihatin dengan keadaan sekeliling dan membuat laporan polis supaya keadaan lebih terkawal.

Semoga kisah ini menjadi contoh dan pengajaran kepada kita semua. Jangan pandang remeh mengenai keganasan rumah tangga kerana ia boleh mengancam nyawa.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.