Connect with us

Viral

[VIDEO] Keadaan Pantai Cenang di Langkawi Sunyi Sepi Buat Netizen Sebak

Negara masih lagi dalam usaha memutuskan rantaian pandemik yang di tahap membimbangkan.

Setiap hari jumlah jangkitan virus ini masih tinggi dan kerajaan masih melaksanakan ‘total lockdown’ dalam usaha mengekang penularan pandemik ini.

Industri pelancongan terjejas teruk

Walaubagaimanapun, ridak dapat dinafikan industri pelancangan antara sektor yang terjejas teruk akibat penularan pandemik ini.

Kawasan pelancongan kini sunyi sepi dan banyak kedai terpaksa menghentikan operasi susulan tiada pengunjung yang datang untuk bercuti.

Suatu ketika dahulu, sampai sahaja di terminal feri sudah kelihatan orang ramai berpusu-pusu untuk menaiki feri menuju ke pulau-pulau pilihan pelancong.

Pulau Langkawi sunyi sepi

Namun kini, pelbagai sektor yang berkait rapat dengan industri perlancongan turut menerima tempiasnya.

Salah satu destinasi pelancongan yang terjejas teruk adalah destinasi pilihan pelancong luar dan dalam negara iaitu Pulau Langkawi.

Pulau Langkawi bertukar menjadi ‘ghost town’

Sebelum ini, Pulau Langkawi yang sentiasa sesak dengan kehadiran pelancong kini bertukar ‘ghost town’.

Ini kerana tiada aktiviti pelancongan dibenarkan dan pelaksanaan ‘total lockdown’ di Malaysia bagi mengawal penularan pandemik.

Kedai di sekitar Pantai Cenang ditutup

Terbaharu, sebuah video TikTok oleh Ed Shahir yang memaparkan suasana Pulau Langkawi menjadi perhatian ramai.

Menerusi video tersebut, dapat dilihat kedai-kedai di sekitar Pantai Cenang ditutup dan sepi tanpa kehadiran pelancong.

Jalan raya turut lengang tanpa kehadiran pelancong

Malah bukan itu sahaja, jalanraya yang dahulunya sesak kini lengang tanpa kelihatan kelibat kereta di sana.

Malah, Pantai Cenang yang sering menjadi tumpuan sebelum ini juga kelihatan sunyi tanpa kehadiran para pelancong.

Pantai Cenang meriah sebelum total lockdown

Perkongsian video tersebut mendapat perhatian netizen dan rata-rata netizen berasa sedih melihat suasana di Pulau Langkawi.

Malah, para netizen turut berkongsi keadaan meriah di kawasan Pantai Cenang sebelum ‘total lockdown’ dilaksanakan.


Banyk agensi pelancongan terpaksa menamatkan operasi

Difahamkan, banyak agensi pelancongan Pulau Langkawi terpaksa menamatkan operasi mereka berikutan keadaan industri yang semakin ‘tenat’ dan berdepan kerugian.

@edshahirHangpa pernah sampai sini? Cuba komen keadaan dulu-dulu kat sini macam mana.. ##fyp ##foryoupage ##beach ##langkawi ##photojournalist ##malaysiatiktok♬ Creepy horror sound – TOKU SPACE MUSIC

Semoga negara kembali aman seperti dahulu dan industri pelancongan negara kembali rancak serta dapat membantu meningkatkan ekonomi negara dan rakyat yang terjejas.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.