Menurut pelakon dan penyanyi Nabila Razali, ia menyifatkan pengalamannya ‘terkucil’ ketika membuat persembahan secara langsung sebagai satu insiden yang memalukan.
Penyanyi ini buat permohonan maaf
Penyanyi ini turut membuat perbuat permohonan maaf kepada semua peminatnya dan turut mengakui apa yang berlaku itu disebabkan oleh kesilapan yang datang daripada dirinya sendiri.
“Itulah yang berlaku pada saya minggu lepas. Saya buat video ini bukan untuk menegakkan benang yang basah”.
“Seperti yang korang tengok, it was so embarassing (ia sangat memalukan). Saya kesal dengan apa yang berlaku”.
Saya kurang warm up dan tak jaga makan
“Selepas saya nilai semula video itu, saya kurang warm up, tak jaga makan sepanjang PKP, saya lama tak buat persembahan”.
“Jujur saya cakap malam itu malam paling gementar buat saya”.
“Saya tahu ramai yang meletakkan harapan yang tinggi, tapi saya gagal dalam cubaan pertama saya,” ujarnya menerusi video yang dimuat naik di saluran Youtube miliknya.
Komen yang diterima sangat kejam dan kasar
Walaubagaimanapun, penyanyi ini berasa terkilan apabila menerima kritikan yang teruk dan tidak membina daripada netizen mengenai persembahannya itu.
“Kebanyakan komen yang diterima sangat kejam dan kasar. Korang boleh tengok sendiri di media sosial saya”.
“Sampaikan saya terfikir bagaimana mereka dibesarkan sampai sanggup guna ayat kasar sebegitu kepada orang yang mereka tak kenal”.
Komen anda menggambarkan keperibadian anda
“Kepada yang nak komen tu, komenlah dengan cara berhemah sebab komen anda menggambarkan keperibadian anda,” ujarnya lagi.
Ekoran dari insiden tersebut, Nabila turut berkata ia sedikit pun tidak mematahkan semangatnya untuk terus pergi lebih jauh.
Beliau yakin ada ruang untuk memperbaiki kekurangan diri
Malah, beliau terus yakin akan sentiasa ada ruang buatnya untuk memperbaiki kekurangan diri.
“Kita pun manusia biasa juga yang tak boleh lari daripada melakukan kesilapan. Cuma, kesilapan kami ini ditonton oleh jutaan orang. Jadi, janganlah asyik nak menghukum”.
Segala komen positif dan negatif saya terima
“Segala komen positif dan negatif saya terima dengan hati terbuka. Saya jadikan iktibar pada masa akan datang”.