Kita disarankan untuk sentiasa mengasihi antara satu sama lain kepada semua makhluk dimuka bumi ini.
Namun begitu, masih ramai yang menyeksa binatang kerana beranggapan mereka tidak perlu dihormati dan dikasihani.
Jika sebelum ini telah tular kisah seorang lelaki yang menggantung seekor anjing peliharaannya di sebatang pokok di tepi jalan, namun berbeza pula kisah kali ini.
Tak sanggup tengok anak kucing kena dera
Tak berhati perut dan zalim merupakan ungkapan yang sesuai untuk satu kisah yang tular apabila mereka menyeksa kucing tanpa belas ehsan.
Menerusis satu perkongsian dari seorang pengguna Facebook yang bernama Mohamad Syukur Azmi, satu video telah dikongsi memaparkan kekejaman manusia terhadap haiwan.
Pijak anak kucing sehingga tidak boleh berjalan
Video tersebut memaparkan beberapa orang perempuan sedang mendera anak kucing dengan bertindak memijak anak kucing berkenaan.
Video tersebut telah tersebar dan memdapat perhatian orang ramai serta mengundang kemarahan netizen.
Tak berhati perut pijak anak kucing
Menerusi video itu, didengari anak kucing berkenaan meronta-ronta kesakitan akibat didera.
Namun, anak kucing berkenaan tidak dapat bergerak apabila badannya tetap dipijak dan dihenyak tanpa belas ihsan sehingga haiwan itu tidak mampu lagi untuk berjalan
Sementara itu ruangan komen dibanjiri dengan komen dan reaksi oleh netizen selepas menonton video berkenaan.
Semoga perilaku diberikan hukuman yang setimpal dengan perbuatan yang tidak berhati perut itu dan ia menjadi pengajaran buat semua.