Connect with us

Viral

[VIDEO] “Kena marah terus buat-buat pengsan,” Gelagat Adik Ini Buat Netizen Terhibur

Kehadiran cahaya mata dalam kehidupan pasangan suami isteri sudah tentu melengkapkan lag sesebuah rumah tangga yang dibina.

Dalam fasa membesar, anak-anak sangat aktif dalam meneroka kehidupan dan sememangnya mempunyai pelbagai ragam mereka yang tersendiri dan tidak dinafikan itu juga merupakan satu proses untuk mereka belajar sesuatu perkara.

Namun tidak dinafikan ada juga gelagat mereka yang tidak disangka-sangka dan diluar jangkaan ibu bapa. Boleh dikatakan, hilang penat seharian jika malayan telatah anak-anak ni.

Sama juga dengan satu video tular di laman TikTok @adilaariffin baru baru ini dimana memaparkan aksi comel anaknya yang membuatkan ramai netizen terhibur.

“Budak lain kena marah nangis , anak aku kena marah buat buat pengsan HAHAHAHA” – kata ibunya dikapsyen.

Menerusi video pendek berkenaan, difahamkan ibu kepada anak kecil ini memarahinya kerana melakukan perkara yang tidak disukai. Namun, apa yang menarik apabila anaknya itu sama sekali tidak menangis.

Secara spontan, anaknya kelihatan pura-pura pengsan apabila dimarahi ibunya. Namun apa yang membuatkan netizen ‘berdekah’ adalah anak kecil itu pengsan sambil berdiri! power betul ‘skill’ pengsan adik ni!

@adilaariffin Budak lain kena marah nangis , anak aku kena marah buat buat pengsan HAHAHAHA 😂 . #fyp #foryoupage ♬ bunyi asal – ❤️ ᴅ ɪ ʟ ᴀ ❤️

Tidak cukup dengan itu, menerusi sebuah lagi video lain memaparkan anak kecil ini membuat mimik muka pura-pura merajuk apabila dimarahi oleh ibunya. Merajuk punya pasal sampai ‘teleng’ leher! memang comel budak ni berlakon!

@adilaariffin Ibu marah anak ❎ kawan kawan ibu marah anak ✅ hadaplaa hang dik perangai kawan kawan ibu . HAHAHA 🤣 #fyp ♬ bunyi asal – ❤️ ᴅ ɪ ʟ ᴀ ❤️

Anak kecil ini juga dikatakan banyak ‘akal’ kerana selalu melakukan perkara di luar kotak sehingga tak tercapai dek akal ibunya. tengoklah reaksinya yang nak makan tapi malas! bak kata ibunya “makan pelam serupa makan sirih”

@adilaariffin Malas tapi nak makan 😌 makan pelam pun serupa kunyah sirih 🤣 . #fyp ♬ bunyi asal – ❤️ ᴅ ɪ ʟ ᴀ ❤️

Dia juga pernah ‘menguji kesabaran’ ibunya dengan makan Vitamin C 5 biji sekaligus secara senyap-senyap dan tanpa pengetahuan ibunya. Tak pasal-pasal kena marah dengan ibunya! Alahai Daiyan Rizqi, awak punya nakal ni memang ‘next level’ betul! pening kepala ibu yang menjaga!

@adilaariffin Kisah sedih ringkas :- kena marah dengan ibu sebab telan vit C sampai 5 biji HAHAHAHA 🤣 . #fyp ♬ bunyi asal – ❤️ ᴅ ɪ ʟ ᴀ ❤️

Siapa sangka, ketika artikel ini dituis, video tersebut berjaya meraih 279.1k tontonan, 26.0k tanda suka, 980 komen dan 1021 perkongsian di TikTok.

Meninjau diruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan telatah anak kecil ini sehingga ada netizen yang memakumkan dia akan mengundi adik ni jika tercalon sebagai pelakon terbaik di ABPBH nanti.

“dik.. kalau nak berlakon pengsan pun, baring dulu dik”

“hahahaha..kelakar kau dik”


“kena masuk book of record pengsan sambil berdiri”

“dah ada ciri-ciri pelakon hebat ni”

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.