Selepas setahun lamanya terpaksa berjauhan dengan suami, akhirnya Dayah Bakar dan anaknya kembali bersatu di bumi Austalia.
Difahamkan Dayah Bakar mengambil keputusan berhenti kerja sebagai pengacara untuk tinggal bersama suaminya, Kapten Hanif Hamidi yang sedang menjalankan tanggungjawab di perantauan.
Sejak berpindah ke sana, Dayah Bakar dilihat sering berkongsi aktivitinya bersama keluarga sehingga ada yang cemburu lihat mereka bebas berjalan di sana.
Siap tak pakai pelitup muka lagi!
“Assalamualaikum semua. Sharing with all of you a glimpse of Allah’s creation, dan hopefully buat korang rasa tenang dan a bit relax to start the day.
“Bila Dayah di sampai Weston Park, Dayah tak stop cakap “ Ya Allah cantiknyaaa, masha Allah subhanallah”. Looks like a painting but it’s real.
“Anyway, Dayah dapat banyak sgt soalan tak perlu pakai mask ke dekat sini , tak ada covid ke ? Let me answer once and for all ya.
“Dekat Canberra dah months tak ada case Covid . Tidak perlu pakai mask, but they still practise SOP seperti social distancing, sanitize tangan selalu.”
Menurut Dayah Bakar, dia diaju pelbagai soalan mengenai kes Covid-19 di Australia dan ramai pertikaikan kenapa mereka tidak pakai pelitup muka.
Di Australia kes sekarang adalah 0, namun mereka tetap perlu jaga penjarakkan fizikal.
Kerajaan mereka turut memberi peringatan setiap masa agar rakyatnya tidak lalai mengenai virus Covid-19.
Rata-rata di ruangan komen meluahkan rasa rindu saat tidak diwajibkan memakai pelitup muka.
Tak kurang juga yang tumpang gembira melihat kehidupan Dayah Bakar bersama keluarga.
Terdahulu, Dayah Bakar bersama anak lelakinya akhirnya dapat bertemu semula dengan suami tercinta.
Setelah lebih setahun tidak bertemu, penantian itu telah berakhir apabila pengacara ini disatukan dengan suami, Muhammad Hanif Hamidi di Australia pada Selasa.
Menerusi rakaman video yang dimuat naik di Instagramnya, dalam video berkenaan memaparkan pertemuan yang penuh emosi setelah 377 hari terpisah.
Dayah atau nama sebenarnya, Nur Hidayah Abu Bakar, 32, turut membawa bersama anak mereka, Achbar Muhammad Fahri yang kini genap berusia lima bulan.
“Perjalananan dengan 1001 cerita yang tidak mungkin dapat ditulis dan diungkapkan dengan kata-kata selain dari rasa syukur”.
“Alhamdulillah Ibu , Baba dan Fahri dapat bersama , akhirnya. Terima kasih atas doa baik kalian yang tidak putus untuk Dayah dan keluarga”.
“We appreciate it so much dan Dayah doakan sesiapa sahaja yang terpisah dengan yang tersayang akibat pandemik, sekejap atau lama , dekat atau jauh, dapat disatukan kembali . Amin”