Baru-baru ini telah tular beberapa video memaparkan seorang wanita mengasari suaminya sendiri mengundang pelbagai reaksi netizen yang tidak berpuas hati dengannya.
Menerusi video tersebut, pasangan ini seakan sedang bertengkar sambil lelaki tersebut mendukung anak kecil mereka.
Pijak kepala semua yang sedang memegang anak kecil
Apa yang membuat netizen geram apabila tindakan jelas wanita itu apabila dia bertindak memijak-mijak kepala suaminya yang ketika itu sedang memegang anak kecil mereka.
Namun begitu, tiada siapa mengetahui apakah punca pertengkaran pasangan itu sehingga melibatkan kekerasan sebegitu.
Si suami cuba menahan diri dari bertindak di luar batasan
Dalam video tersebut walaupun kepala dipijak-pijak, si suami langsung tidak membalas sedikit pun perbuatan isterinya.
Kelihatan beberapa kali si suami cuba meninggikan suami dan hanya menahan dirinya dari bertindak di luar batasan.
Beberapa video lain turut tular
Beberapa video tersebut telah mula viral di media sosial sejak dimuat naik oleh pengguna Facebook bernama Anne Maravilla, pada 22 November 2020.
Difahamkan, kejadian isteri memijak kepala suaminya itu berlaku di Pitogo, Quexon, Filipina.
Perakam wanita tidak mengambil sebarang usaha menghalang si isteri
Netizen turut mempertikaikan tindakan perakam (wanita) yang tidak mengambil sebarang usaha untuk menghalang isteri lelaki itu dari terus bertindak menyerang suaminya.
Menerusi beberapa video yang turut dikongsikan itu bukanlah kali pertama si isteri menyerang suaminya sebegitu rupa. Dia juga pernah mengasari suaminya pada hari-hari lain.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut mengecam tindakan wanita itu, tetapi ada juga yang percaya mungkin wanita itu mengalami tekanan teruk sehingga tergamak bertindak sedemikian.