Selebriti muda yang sedang meningkat naik, Naim Daniel, 23 telah memuat naik gambar keretanya dalam keadaan remuk sebentar tadi di Instagram.
Naim telah berkongsi foto dan juga video keadaan keretanya.
Menerusi kapsyen, Naim bagaimanapun memberitahu dirinya selamat.
“Nak bertolak pergi kerja pagi tadi, alhamdulillah Allah bagi rezeki ”
Namun begitu Naim kelihatan tenang dan menerima apa yang berlaku dengan baik.
Dalam perkongsian yang dibuat Naim, dia memaklumkan sedang berada dalam perjalanan untuk menyelesaikan urusan kerja, namun tidak menjangkakan akan berlakukemalangan.
Kelihatan kereta yang dipandunya remuk dibahagian hadapan namun dia tidak mengalami sebarang kecederaann.
Menurut penyanyi itu melalui Instagram story pula, rahangnya terkehel akibat kejadian tersebut.
Sementara itu, rakan-rakan selebriti turut meninggalkan komen pada perkongsian berkenaan.
Rata-rata menzahirkan rasa lega kerana tiada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku kepada Naim dan hanya rahangnya sahaja terkehel semasa kemalangann tersebut.
Terdahulu, Naim Daniel akur dengan keputusan juri Separuh Akhir Muzik Muzik 35 (SFMM35) apabila lagu ciptaan dan nyanyiannya, Sembah yang disebut-sebut bakal ke Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35) gagal tersenarai ke peringkat akhir program itu.
Menurut Naim, juri yang terbabit lebih tahu apa mereka lakukan dan inginkan dalam sesebuah lagu seterusnya layak ke AJL35.
“Saya akur dengan keputusan juri SFMM35 semalam. Sebab mereka lebih tahu apa dilakukan dan diinginkan dalam komposisi sesebuah lagu. Saya tidak ada sebarang bantahan.
“Saya hanya mendoakan yang terbaik dan insya Allah akan hasilkan lebih banyak karya terbaharu khas untuk industri muzik Malaysia,” katanya kepada Harian Metro.
Pada masa sama, Naim menafikan kecewa dengan keputusan dibuat berdasarkan hantaran dimuat naik di Instagram yang memaparkan dia mengelap trofi kemenangan pada AJL34 lalu.
“Kecewa, langsung tidak. Ia hanya ‘content’ dan simbolik sebagai menutup tirai edisi ke 35 kali ini. Keterangan pada hanaran yang dimuat naik pun saya mendoakan kepada semua finalis untuk buat yang terbaik dan semoga semuanya berjalan lancar,” katanya.
Pun begitu, kekecewaan tetap dirasai peminat dan penyokong bekas pemenang Juara Lagu pada AJL34 menerusi lagu Sumpah itu berdasarkan ciapan dan komen di laman sosial.
“Saya berharap supaya penyokong dan peminat kekal tenang dan terima keputusan dengan hati terbuka seperti mana saya menerima keputusan ini dengan baik. Saya percaya ini bukanlah pengakhiran segalanya untuk kerjaya muzik saya.
“Insya Allah, saya akan terus cuba sedaya upaya untuk menghasilkan karya bermutu untuk anda semua. Bukan hanya sekadar pertandingan, tapi untuk warna warni dalam industri muzik.
“Insya Allah, saya juga akan muncul dengan karya terbaru dan teruskan dengar lagu terbaharu saya, Purnama. Kalau ada rezeki kita bawa lagu ini ke peringkat lebih tinggi lagi,” katanya.