Connect with us

Semasa

[VIDEO] Khas Untuk Abam, Remaja Ini Habiskan 2 jam Tulis Beribu Kali ‘Abam’ Menjadi Potret

TIDAK mahu berterusan menangisi pemergian Allahyarham Abam Bocey, seorang remaja mengubat kesedihan dengan menghasilkan potret pelawak itu. Lebih bermakna, setiap lakaran pada sehelai kertas itu dibuat dengan menulis nama ‘Abam’ sehingga membentuk sebuah potret. Video remaja itu melakarkan potret arwah Abam menjadi tular di media sosial. Remaja berkenaan, Abdul Azim Mohd Rozahar berkata, dia begitu […]

Setiap orang pasti ada cara tersendiri untuk ‘move on’ dari rasa kesedihan selepas kehilangan orang tersayang.

Ada yang menyibukkan diri dengan tugas dan kerjaya, dan ada juga yang selesa menenagkan diri dengan bercuti.

Namun, berbeza dengan remaja ini yang meminati dan mengagumi Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan.

Tulis nama beribu kali

Abdul Azim yang baru berusia 15 tahun ini meluahkan rasa kesedihannya dengan melukis potret Allahyarham Abam dengan cara yang sangat unik.

Azim membuat lakaran pada sehelai kertas dengan menulis nama Abam beribu kali sehingga membentuk potret wajah Allahyarham Abam.

Bakal menduduki peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) pada tahun ini, Azim memberitahu dia amat terkejut dengan berita pemergian Abam.

Menurut laporan mStar, Azim terus melukis potret tersebut setelah mendapat tahu tentang pemergian Abam pada pagi Isnin.

“Saya lukis potret tu selepas menerima berita mengenai Abam Bocey meninggal dunia pagi Isnin tu, memang terkejut bila dapat tahu.”

Malah menurutnya, dia sudah melukis banyak potret sebelum ini tetapi ini adalah kali pertama menggunakan teknik perkataan.

“Saya dah lukis banyak potret tapi inilah potret pertama yang saya lakar menggunakan teknik perkataan,”

Ambil masa 2 jam

Azim berkata dia menghabiskan masa kira-kira dua jam untuk menyiapkan potret  tersebut.

Menurutnya lagi, bahagian muka adalah paling  sukar terutamanya pada rambut kerana perlu membuat shading (bayang).

“Bahagian muka tu yang paling sukar terutama pada rambut kerana lebih banyak lakaran hitam perlu dibuat seperti shading.”

Tambahnya lagi, dianggarkan seribu perkataan Abam ditulis bagi menyiapkan potret Allahyarham itu.

“Semakin banyak lakaran hitam, lebih banyak perkataan tu yang ditulis. Dianggarkan kira-kira 1,000 perkataan nama Abam dilakarkan membentuk potret arwah,”

Mahu serah potret pada Fad dan Achey

Azim juga berniat mahu menyerahkan potret tersebut kepada ahli kumpulan Bocey sama ada Fad ataupun Achey.

“Jika diberi peluang, saya berhasrat untuk memberikan potret ini kepada Achey atau Fad, sebagai kenangan terhadap arwah Abam.”

Video Azim lukis potret Allahyarham Abam dengan menulis ‘Abam’ beribu kali

 

View this post on Instagram

 

A post shared by call me azim (@azim._24) on

Terdahulu, kita telah dikejutkan dengan berita pemergian Allahyarham Abam apabila beliau disahkan telah meninggal dunia awal pagi Isnin.

Jenazah Allahyarham telah selamat dikebumikan lewat petang Isnin di Tanah Perkuburan Islam Sungai Pusu, Gombak.

Continue Reading
Advertisement
1 Comment

1 Comment

  1. Pingback: Habiskan dua jam khas untuk Abam, remaja ini tulis beribu kali ‘Abam’ hingga menjadi potret – Vanilla Daily

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.