Connect with us

Viral

[VIDEO] “King hebat!” Aksi Myvi Selamba Towing Lori Rosak Tarik Perhatian Netizen

Jenama kenderaan MyVi, kereta keluaran tempatan yang diberi gelaran ‘The King Of Road’ ini sering mencuri perhatian ramai dengan pelbagai aksi luar biasa di jalan raya.

Manakan tidak, hampir setiap bulan ada sahaja isu panas mengenai ‘King’ ni, bak kata netizen, ‘bukan King lah kalau tak buat hal’.

Seperti yang kita ketahui, pada tahun ini sahaja pelbagai isu mengenai Myvi tercetus antaranya Myvi ‘terbang’ melepasi longkang besar, masuk jalan off-road dan ‘panjat’ naik tebing bukit sehinggakan para netizen tertanya-tanya adakah Myvi ini sememangnya dibina untuk pelbagai kegunaan kerana ianya kelihatan ‘tapau’ semua isu jalan raya di Malaysia.

Namunpun begitu, model kereta yang diperkenalkan oleh Perodua pada tahun 2005 kini telah menjadi salah satu kenderaan utama rakyat Malaysia sehingga ke hari ini dan telah membuktikan ‘keupayaan sebenar’ kereta tersebut.

Terbaru, tular sebuah video di applikasi Tiktok @affendiderus yang memaparkan Myvi ‘selamba’ menarik sebuah lori dipercayai rosak dibelakangnya.

Walaupun saiznya yang agak kecil namun dia membuktikan bahawa ianya bukan satu penghalang untuk ‘towing’ lori yang besar.

Siapa sangka, video pendek tersebut telah pun meraih 1.1M tontonan, 123.9K tanda suka 4133 komen dan 12.5k perkongsian di laman TikTok.

Untuk rekod, jualan Myvi telah pun mencecah 1 juta unit pada tahun 2017 lalu dan model tersebut turut dijual di beberapa buah negara luar seperti United Kingdom, Fiji, Brunei dan Singapura.

Video tular di Tiktok

@affendiderusKepitDap!!!♬ Tokyo Drift – Xavier Wulf

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur dengan aksi Myvi tersebut yang tak terjangkau dek akal.

“kereta kau boleh towing lori, tak boleh, hmm LEMAH”

“serious question, kenapa semua benda pelik myvi”


“menyesal jual myvi, banyak function rupanya”

“dia buat hal lagi.. serius beli Myvi tak rugi”

“terserlah kemyviannya”

“multitasking bebenor”

“Myvi ni hidup tiga alam boss, dalam air pun boleh.. terbang pun boleh..atas darat pun boleh”

Dekat Malaysia ni, kalau buat hal tak lain tak bukan ‘Myvi’ dengan ‘Oyen’ je, ada saja nak buat netizen berdekah! hehehe

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.