Connect with us

Viral

[ VIDEO] Kongsi Rezeki Hasil Video Tular, Lelaki Beri Minyak Motor Percuma

Ramai rakyat Malaysia yang suka berkongsi rezeki dengan orang lain seperti kisah ini yang mana seorang lelaki  memberi kupon minyak petrol percuma untuk 200 motosikal.

200 motosikal dapat kupon minyak percuma

Ia berlaku di stesen minyak Petron Kok Lanas, Kota Bharu apabila kira-kira 200 motosikal menyerbu stesen minyak berkenaan.

Menurut Nor Hamidi Mohd Nazir, 31, atau lebih dikenali Abe Mat, 200 kupon untuk mengisi minyak diberikan kepada penunggang motosikal yang melalui kawasan berkenaan bermula 4 petang semalam.

Program sedekah jariah dalam usaha ringankan beban rakyat

Ujarnya, inisiatif itu adalah sebahagian daripada program sedekah jariah dilakukannya dalam usaha meringankan beban masyarakat.

“Idea memberi minyak percuma ini timbul secara spontan sebelum saya berbincang dengan pemilik stesen minyak berkenaan bagi merealisasikan hasrat ini dengan kos keseluruhan hampir RM2,000” lapor Harian Metro.

Program sebegini akan diadakan lagi

“Sumbangan minyak percuma ini kali pertama diadakan. Insya-Allah jika ada rezeki dan kewangan yang mencukupi, program ini akan diadakan lagi,” katanya ketika ditemui di stesen minyak berkenaan, semalam.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Harian Metro, memaparkan penunggang motosikal sedang beratur menunggu giliran mengisi minyak percuma berkenaan.

Selain itu, menurut bapa kepada dua anak ini berkata, ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang lalu dia memanfaatkan masa terluang dengan menghasilkan beberapa video pendek.

Beri sumbangan kepada asnaf yang memerlukan

Video tersebut telah mendapat review di media sosial yang tinggi sekali gus memperoleh bayaran sebanyak RM30,000.

“Hasil daripada bayaran yang saya peroleh ini, selain daripada menyumbang minyak petrol percuma, ia turut digunakan dengan memberi sumbangan kepada asnaf yang memerlukan”.

Saya lakukan dari hati yang ikhlas

Disamping itu juga, dia turut membelanja pengunjung yang makan di restoran atau kedai makan di serata daerah”.

“Apa yang saya lakukan ini adalah datang dari hati yang ikhlas untuk menzahirkan rasa terima kasih”.

Masyarakat banyak memberi sumbangan

“Ini kerana masyarakat yang banyak memberi sokongan dan ia bukannya untuk mencari publisiti atau menjadi popular” .

Sebelum ini NSTP melaporkan, aksi Nor Hamidi yang berpakaian pengantin mengagihkan sarapan percuma menarik perhatian pengguna jalan raya di Jalan Kok Lanas-Machang sehingga tular di media sosial.

Tindakannya itu mengejutkan sebahagian besar pengguna jalan raya kerana tidak menyangka seorang pengantin sanggup mengagihkan makanan kepada mereka.

Bercerita lanjut, ada yang sempat bergurau dengannya sambil bertanya sama ada pengantin perempuan sudah melarikan diri atau mengagihkan makanan kenduri yang tidak habis.

Alhamdullillah rezeki petrol penuh tangki motosikal

Menurut seorang pelajar, Ahmad Syahir Ariffin, 19, berkata, dia bersyukur atas pemberian itu yang dianggapnya sebagai rezeki.

“Alhamdulillah, ini rezeki dan petrol hampir memenuhi tangki motosikal dan saya tidak perlu mengisi petrol untuk dua atau tiga hari,” katanya.

Semoga dengan bantuan yang diberikan kepada orang ramai dapat membantu serba sedikit kesusahan rakyat.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.