Connect with us

Selebriti

[VIDEO] Konon Tegas Jadi Suami, Achey ‘Kantoikan’ Hairul Azreen Mop Lantai Buat Netizen Terhibur

Achey Bocey atau nama sebenar beliau adalah Mohd Nasir Hamzah merupakan seorang pelawak, pelakon, penyanyi dan pengacara Malaysia.

Beberapa hari lalu, pelawak ini telah berkongsi satu video di Instagram miliknya memaparkan Achey sedang mop lantai di rumahnya beserta kapsyen lucu yang menghiburkan ramai orang.

Suami perlu tegas dan jangan lakukan kerja rumah

Apa yang menarik perhatian adalah perkongsian tersebut turut mendapat respon pelakon, Hairul Azreen.

Hairul yang dilihat ‘bergurau’ menasihati Achey agar menjadi seorang suami perlu tegas dan jangan lakukan kerja rumah.

Menurut Achey, sejak video ini dikongsikan pelawak ini menerima banyak tag dari para suami yang sedang melakukan kerja rumah seperti mop lantai.

Hanis Zalikha tunjuk Hairul sedang mop lantai

Walaunagaimanapun, lain pula terjadi apabila isteri kepada pelakon Paskal itu memuat naik video di Insta Story menunjukkan Hairul juga sedang mop lantai.

Namun paling menarik perhatiannya adalah video dari Hairul Azreen yang dimuat naik oleh isterinya, Hanis Zalikha memandangkan komen yang ditinggalkan Hairul sebelum ini.

Menerusi video berdurasi seminit itu berjaya menghiburkan ramai orang selepas Achey dilihat sengaja ‘mengantoikan’ Hairul Azreen yang kononnya tegas menjadi suami. Di akhir video ini, kedengaran suara isterinya memanggil Achey.

Akhirnya kantoi dia pun kena mop lantai

Dia punya komen fuhh, memang dahsyat! Korang tengoklah sendiri. Apa yang berlaku hari ini, korang tengok sendiri.

Dalam video tersebut, Hanis dilihat meminta agar Achey melihat Hairul yang sedang mop lantai.

Lepas kantoi pandai pulak Hairul cover 

Selepas tersedar video tersebut dirakam, Hairul terus berlakon meletakkan batang mop dan menyuruh Hanis mengemas rumah.

Apa yang paling menghiburkan adalah apabila Hairul meminta Hanis tidak berkongsi video tersebut. Aduh lucu betul mereka ini.

Tidak salah suami dan isteri saling membantu membuat kerja rumah bersama-sama, ia mengukuhkan lagi ikatan suami dan isteri.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.