Connect with us

Viral

[VIDEO] Kotor! Ikan Kering Dijilat Anjing Sebelum Dipasarkan.

Ikan kering yang dijemur terlebih dahulu jadi santapan si anjing yang berkeliaran di Pulau Langkawi, lapor Astro Awani.

Dimakan, dipijak dan tidak tahu apa lagi yang dilakukan anjing berkenaan.

Itu pendedahan Persatuan Pengguna Melayu Kawasan Utara (PPMKU) selepas banyak menerima aduan mengenai tahap kebersihan industri memproses ikan dan udang kering.

Dakwaan itu berasas.

Satu video yang memaparkan keadaan itu dirakam di sebuah pusat memproses ikan kering di utara Semenanjung.

Kelihatan enam ekor anjing yang berada berdekatan menuju ke arah jemuran ikan sebelum memijak dan memakannya.

 

Sehubungan itu Presiden PPMKU, Leftenan Kolonel Che Johan Che Hassan menggesa pihak bertanggungjawab supaya mengambil tindakan segera.

“Kalau saya tak bangkitkan isu ini, adalah satu bebanan, adalah satu tanggungjawab yang saya telah gagal untuk maklum kepada semua masyarakat Melayu di kawasan utara ini supaya bukan kita nak boikot ikan kering ini, tapi pengusaha perlu lebih prihatin menjaga kebersihan kawasan jemuran ikan kering,” kata Che Johan.

Kawasan yang kami tinjau terkenal dengan penghasilan produk hiliran seperti ikan bilis, udang dan ikan kering.

Majoriti penduduk di kawasan itu juga bukan warga tempatan, malah ada antara mereka yang tidak pandai bercakap bahasa Melayu.

Mereka juga melarikan diri ketika cuba dihampiri wakil kami.

Menurut Che Johan, ikan kering yang diproses di kawasan itu adalah untuk pasaran di seluruh utara Semenanjung, terutama Kedah dan Perlis.

Tambahnya, kira-kira 95 peratus pengusaha ikan dan udang kering terdiri daripada pengusaha bukan Melayu.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.