Connect with us

Viral

[VIDEO] “Ku inginkan Solehah tapi rupanya Solihun,” Kenal Di Apps Cari Jodoh, Lelaki Terkejut ‘Gadis’ Pujaan Rupanya..

Ada orang diberikan jodoh pada usia yang muda, ada juga yang diberikan rezeki menjaga ibu bapa yang sudah tua sementara menunggu jodoh yang tepat tiba.

Oleh itu, ramai anak muda pada hari ini yang mencari jodoh dengan menggunakan aplikasi cari jodoh kerana kekangan masa sehingga tiada masa untuk bersosial.

Guna aplikasi cari jodoh

Bagaimanapun, memang mudah untuk memilih pasangan yang kita mahukan di aplikasi mencari jodoh berkenaan.

Namun begitu, kadang-kadang kita ditipu oleh bakal jodoh kita kerana merahsiakan siapa diri mereka sebenarnya.

Berkenalan di aplikasi cari jodoh 

Menerusi video yang telah dimuat naik oleh Cocoh Anthoonesyah Gumay di akaun tiktoknya telah menarik tumpuan ramai.

Ini kerana lelaki berkenaan berkongsi pengalaman mengenali seorang wanita di aplikasi cari jodoh dan dia telah menyimpan hasratnya untuk serius dalam perhubungan mereka.

Apabila diajak berjumpa beri alasan

Namun apabila diajak untuk berjumpa, wanita itu memberi alasan bahawa dirinnya tidak cantik.

Akan tetapi bagi Gumay, dia tidak kisah mengenai paras rupa kerana yang penting baginya adalah mempunyai akhlak yang baik.

Kuingin wanita sholeha, dapatnya solihunn

Akhirnya, lelaki itu bertemu juga dengan wanita yang disifatkan manis itu. Remuk hatinya apabila mengetahui status sebenarnya wanita yang disukainya.

“kisah nyata, yang kuingin wanita sholeha ternyata dapetnya solihunn.”

Rupa parasnya sangat berbeza dari gambar di aplikasi

Menurutnya, wanita pilihannya yang ingin dilamarnya itu rupa-rupanya seorang lelaki yang berperwatakan seperti wanita.

Malah apa yang lebih mengejutkan lagi rupa parasnya sangat berbeza dari gambar pada aplikasi berkenaan.

Semasa video call dia suka menunduk dan seakan pakai filter 

Apabila ditanya kenapa tidak membuat panggilan video sebelum berjumpa, Gumay menjelaskan bahawa dia sudah berbuat demikian sebelum ini.

Namun begitu, wajah wanita berkenaan memang tidak sama seperti di dalam aplikasi cari jodoh itu.

Memang agak pelik sedikit semasa video call dengan dia kerana dia suka menunduk dan dia seakan memakai filter pada kameranya.

@gumay9kisah nyata,, yg kuingin wanita sholeha ternyata dapetnya solihunn😭😭😭 ##kecewa ##breakheart ##putuscinta ##kisahnyata ##waria ##transgender ##fyp♬ Ana Uhibbuka Fillah – Aci Cahaya

Tidak menyangka rupanya wanita itu dua alam

Tapi disebabkan niat yang baik dan ikhlas untuk memperisterikannya, lelaki berkenaan terima wanita itu seadanya dan tidak menyangka bahawa wanita itu sebenarnya ‘dua alam’.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut bersimpati dengan nasib yang diterima lelaki ini.

@gumay9Balas @intan_makeup ##fyp ##kisahnyata ##love ##brokenheart😭💔 ##menikah♬ Ayat-Ayat Cinta – Rossa

BACA: “Aku 22 tahun, dia 68 tahun,” Jumpa Jodoh di TikTok Terus Kahwin, Wanita Ini Ceritakan Perkenalan Dengan Suami

Perkongsian di aplikasi TikTok itu telah mendapat hampir 1.5 juta tontonan setelah dimuat naik 24 jam lepas.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.