Connect with us

Semasa

[VIDEO] Bengang Ustazah Disuruh Merangkak Oleh Ibu Murid, Peguam Mahu Beri Servis Legal Percuma

Satu video telah tular yang memaparkan seorang ustazah disuruh merangkak mengelilingi kelas oleh seorang wanita.

Wanita tersebut dipercayai ibu kepada murid terbabit, telah mendapat perhatian seorang peguam.

Satu posting di laman sosial Facebook di muat naik oleh seorang peguam yang mahu dikenali sebagai, Nurhidayaty Maidin

Nurhidayaty memaklumkan mahu membantu ustazah berkenaan mengambil tindakan undang-undang.

Tolong saya cari ustazah dalam video ini

Peguam ini juga meminta agar para netizen membantu untuk mengesan ustazah terbabit, sehingga dapat berjumpa untuk memberikan nasihat mengikut undang-undang, berkenaan penghinaan yang berlaku terhadap guru itu.

Selain itu, beliau berpendapat bahawa tindakan ibu terbabit telah dianggap melampau, kerana menjatuhkan maruah guru.

Menurutnya lagi, terdapat banyak saluran yang lebih baik digunakan untuk menyelesaikan isu tersebut.

Berkenaan video seorang ustazah merangkak

“Penting, tolong tag video pada mak budak yang rekod ini”.

“Tolong kenalkan saya dengan ustazah ini. Saya ingin bagi free legal advise dan mungkin servis sebagai peguam seterusnya”.

“Melampau mak bapak sekarang. Level tapir yang tak boleh diajar”.

“Seorang guru kau jatuhkan maruah begitu sekail. Apa jua alasan , guru ini tidak patut di perlakukan sedemikian. Ada saluran lebih baik”.

Tolong ambil berat kes ini dan lindungi gugu-guru

“Ustazah ini bawah Jabatan Agama Islam Negeri. Tolonglah penasihat undang undang Jabatan ambil berat kes begini dan lindungi guru guru”.

“PUU Jabatan Agama mana”.

“Sebelumnya saya sudah upload video tetapi kerana pembaca facebook saya pohon delete mungkin terlampau sensitif , maka saya delete. Tepuk dahi”.

“Susah hampa ni. Video tu adalah bukti sebenarnya. Harap ada yang save. Sensitif tak bertempat”.

Tolong tagkan saya atau kenalkan saya kepada ustazah

“Sekali lagi saya pohon tagkan saya atau kenalkan saya kepada ustazah yang telah di minta untuk merangkak oleh seorang ibu”.

“Bagi saya ini adalah tindakan yang melampau dari ibubapa murid hatta apa jua kesalahan guru tersebut. Ada saluran yang boleh diambil dengan cara betul dan sesuai”.

“Kepada penasihat undang-undang Jabatan Agama Islam Negeri, pohon ambil berat kes ni”.

Ustazah tersebut boleh hubungi saya di:

Nurhidayaty Binti Maidin
Tetuan Nur Maidin & Co,
Peguambela & Peguamcara
03-55411129/03-55450171

Video itu nak dijadikan bukti

Sebelum ini peguam itu telah berkongsi video tular ustazah terbabit, namun terpaksa dipadam berikutan ada beberapa netizen yang kurang senang.

Walaubagaimanapun, peguam itu mengulas tindakannya memuat naik video itu, adalah untuk dijadikan sebagai bukti bagi membawa kes ini ke muka pengadilan.

Kepada sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai ustazah tersebut, diminta untuk hubungi puan Nurhidayaty.

Perkara seperti ini perlu dijadikan pengajaran buat para ibu bapa dan institusi pendidikan, supaya tidak sesuka hati menghukum tanpa mengikut saluran yang betul.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.