Kehilangan orang tersayang sekelip mata pastinya memberikan kesan yang besar kepada mereka yang ditinggalkan. Begitulah peritnya apa yang dihadapi oleh Shamshira Mohd Norizin.
Bukan hanya suami yang pergi menghadap Ilahi bahkan dua anaknya sekaligus terkorban dalam nahas tragedi traler terbabas.
Suami dan dua anak turut pergi bersama suami
Isteri mangsa menangis selepas melihat mayat arwah suaminya, di perkarangan Rumah Mayat Hospital, Kampar.
Menurut laporan mangsa yang terkorban adalah pemandu, Hafize Nizam Ali Supian, 30, dan dua anak lelakinya, Mohammad Afif Rafiqi Hafizi Nizam, 9, dan Arrian Nuh Hafizi Nizam, 6.
Saya nampak kerinduan pada arwah diwajah mereka
Menerusi satu perkongsian di laman Facebook seorang pengguna yang bernama Hafiz Mahamad, beliau datang menziarahi isteri mangsa nahas tersebut.
Si isteri baru sahaja keluar makan dengan suami
“Hilang suami & anak anak dalam 1 masa. Terkejut saya bila dengar kemalangan ni, Ya Allah”.
“Si isteri baru je keluar makan dengan suami. Suami nak keluar pergi kerja bawa treler, anak 2 orang meraung nak ikut. Suami pun bawa lah anak sama sama”.
“Tak lama lepastu keluarga terima panggilan yang ayah & anak 2 orang yang dibawa tadi kemalangan & meninggal. Ajal maut Allah dh tentukan”.
Arwah orang yang baik
“Bila benda ni jadi dekat team saya, hati saya & isteri rasa sedih sangat sangat. Saya decide harini untuk Ziarah keluarga team saya”.
“Keluarga dia happy saya datang. Saya nampak kerinduan dekat arwah ada diwajah mereka sebab arwah orang yg baik sangat”.
Kuatlah demi anak lelaki yang tinggal ini
“Saya pesan pada syira, carilah ketenangan & kuat lah demi anak lelaki sorang ini. InsyaAllah anak awak saya anggap macam anak saya juga”.
“Saya kena sayang & support keluarga ni. Mereka customer saya dulu & now sama sama mencari rezeki dengan saya, sikit atau banyak. Dalam tubuh Anak & isteri saya ada hasil support dari keluarga ini”.
Mereka sedih saya datang
“Harini mereka sedih saya datang, esok esok orang lain sedih mereka pula datang membantu”.
“Cuba kita bayangkan diri kita ni, walaupun tinggal anak & husband sekejap pun rasa rindu tu Ya Allah. Ini kan lagi, kalau mereka terus tak ada dalam kehidupan kita”.
“Terima Kasih korang. Banyak sangat sumbangan kita semua bersama, saya dah sampaikan amanah & tanggungjawab untuk menyampaikan”.
Rehatkan diri dan cari kekuatan
“Syira, awak rehatkan diri & cari kekuatan. Soal rezeki jangan dirisaukan, insyaAllah kita semua 1 family akan bantu”.
“Segala kebaikan, saya niatkan untuk korang. 1 hari nanti bila wanita ini kembali kuat, kita semua support & bangkitkan semangat dia sebagai seorang Wanita kuat”.
“Saya hanya buat apa hati kata, sebab suara hati semuanya dari Allah. Saya taknak sombong & saya akan terus pegang pada Kejayaan Demi Kebahagiaan”.
Salam takziah kepada mereka sekeluarga dan semoga keluarga Arwah diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi ujian ini.