Connect with us

Viral

Kumpul Duit Nak Nikah Sebelum Raya, Food Rider Maut Masa Hantar Makanan

Kehilangan ahli keluarga atau insan tersayang secara mengejut amatlah perit untuk dihadapi.

Bukan bermaksud kita sebagai manusia tidak menerima takdir yang telah ditentukan namun kehilangan besar itu memerlukan masa dan ruang untuk mengembalikan semangat yang telah hilang.

Impian itu sudah pun berakhir

Begitulah juga dengan kisah seorang lelaki penghantar makanan yang telah terkorban ketika sedang bekerja mengumpul duit untuk berkahwin dengan gadis pilihan hatinya.

“Dia (arwah) merancang untuk mendirikan rumah tangga selepas Hari Raya Adilfitri tahun ini dengan gadis pilihannya, tapi impian itu sudah berakhir,” kata Muhammad Ridzuan Abd Aziz, 34, abang kepada Muhammad Azman Abd Aziz, 29.

Difahamkan Muhammad Azman telah terkorban dalam nahas membabitkan sebuah motosikal dan sebuah kereta di persimpangan Jalan AST 6, Taman AST, Seremban.

Kerja sambilan untuk kumpul duit kahwin

Muhammad Ridzuan dari Taman Panchor Jaya Paroi di sini berkata, adik bongsunya itu bekerja dengan syarikat Myeg di sini, menjalankan kerja sampingan sebagai pembawa makanan dengan foodpanda sejak bulan lalu.

Menurutnya, ia sebagai usaha mencari pendapatan tambahan bagi persiapan majlis perkahwinannya.

Seorang anak yang baik dan rapat dengan keluarga

“Dia (arwah) seorang anak yang baik dan memang rapat dengan saya kerana kami hanya dua beradik dalam keluarga.”

“Tiada sebarang perubahan sikap atau kelakuan luar biasa sebelum kejadian yang menimpanya.”

Arwah ingatkan saya jaga ibu dan ayah dengan baik

“Bagaimanapun, dua hari sebelum kejadian semalam, arwah mengingatkan saya supaya menjaga ibu dan bapa dengan baik.”

“Saya tidak menjangka kata-katanya itu seolah-olah petanda dia akan pergi meninggalkan kami selama-lamanya,” lapor Harian Metro.

Ujar Muhammad Ridzuan yang bekerja sebagai pemandu lori, dia dan ahli keluarga akui terkilan kerana impian arwah tidak kesampaian namun reda dengan ketentuan takdir Allah SWT.

Kami hanya dua beradik dan arwah tempat saya berbual

“Memang sedih dengan pemergian arwah adik kerana kami hanya dua beradik dan beliaulah tempat saya berbual dan berbincang berkaitan kepentingan keluarga.”

“Namun, takdir Allah sudah menentukan yang dia pergi dulu meninggalkan kami,” katanya.

Rancang kahwin Aidilfitri ini

Sementara itu, tunangnya Nurul Aishah Zainal, 30, berkata, dia sudah merancang untuk mengadakan majlis perkahwinan dengan Muhammad Azman selepas Aidilfitri tahun ini.

Dia yang berasal dari Melaka dan bekerja di pusat bandar ini berkata, arwah sudah membuat permohonan untuk mengeluarkan wang simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) i-Sinar bagi mencukupkan wang persiapan majlis perkahwinan mereka.

“Bagaimanapun, sehingga kini, pengeluaran itu belum berjaya dan arwah membuat keputusan membuat kerja sampingan sebagai penghantar makanan foodpanda sejak bulan lalu,” katanya.

Sepatutnya arwah mahu berjumpa pukul 10 pada malam kejadian

Menurutnya, dia sempat bertemu arwah pada pagi kelmarin.

“Pada jam 7.30 malam kelmarin, dia ada hantar mesej kepada saya untuk berjumpa jam 10 malam iaitu selepas dia selesaikan tugas menghantar makanan.”

“Saya terkejut dan seperti tidak percaya kerana berlaku begitu cepat selepas kami bertemu pada hari siangnya,” katanya yang tidak dapat menahan sebak.

Makanan terakhir kau belanja aku Man

Menerusi perkongsian di laman Facebook tunangnya Aesya Anaqi yang masih bersedih dengan berita tersebut.

Terima kasih Man

“Makanan terakhir kau belanja aku man. Tgh hari tadi kita makan sama-samakan man.”

“Man terime kasih man. Terime kasih ajar aku bersabar. Terime kasih ajar aku kenal agama. Terime kasih ya allah hadirkan dia dalam hidup aku semula walaupun sekejap.”

Kau cakap nak kahwin dan jaga aku 

“Man kau mmg betol2 syg aku kan man. Aku kawen dulu kau dtg kenduri aku. Lepas tu terus lost contact kejap. Then kau tau aku da berpisah.”

“Kau cakap kau nak kwen dgn aku nak jaga aku. Kau ckp kau tunggu aku dr 2011. Man. Maaf kan aku man.”

Kita makan kongsi dua

“Kita da plan semua same2. kita nak kawen, nak cr ruma sewa, nak kumpul barang ruma same2, kita da buat kad bank bersama kan man? Utk kita guna masa susah sbb kita dulu susah kan man. Kita makan kongsi dua.”

“Man aku igt lagi. Hari 1st aku start kerja. Kau bagi aku duit belanja masa tu rm1. Kau ckp “kau xde duit aku pon xde duit.”

“Aku bagi Rm1 ni kau ingat sampai bile2 nnt kita da senang kau igt balik. Kau cakap mcm tu man kt aku. Man skarang kita nak makan sedap2 da boleh man sbb kita da stabil.”

Diorang sempat ajar kau mengucap dua kalimah syahadah

“Orang2 dekat tmpt kejadian cakap diaorg sempat ajar kau mengucap dua kalimah syahadah. Alhamdulillah man.”

“Tapi maaf kalau aku menangis meronta mcm org gile bile nampak jenazah kau diselubung kain putih.”

Allah sayang kau Man

“Tapi allah maha mengetahui maha adil. Allah sayang kau. Aku sayang kau. Semoga kita jumpa lagi azman.”

“Segala nasihat kau, aku akan ingat. Al fatihah untuk Muhammad Azman bin abdul Aziz.”

“Ramai orang mengiringi jenazah kau sayang, kawan kawan kau semua datang nak jumpe kau. Kau baik sayang, semua orang rindu kau”.

Salam takziah diucapkan kepada keluarga Allahyarham Muhammad Azman. Semoga mereka diberikan kekuatan dan ketabahan menghadapi dugaan ini.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.