Connect with us

Viral

[VIDEO] Lagi 2 Hari Saja Nak Nikah, Gadis Ini Sedih Bakal Suami Check-in Dengan Bekas Kekasih

Perasaan berdebar apabila menghampiri tarikh pernikahan pastinya dilalui oleh setiap bakal mempelai terutamanya wanita.

Pelbagai persiapan perlu diatur sebaik mungkin bagi memastikan majlis yang akan berlangsung menepati seperti apa yang diidamkan.

Namun begitu, malang bagi seorang gadis ini apabila lelaki yang sepatutnya menjadi imamnya telah membuat hal sedangkan hanya tinggal dua hari saja sebelum tarikh pernikahan.

Tinggal 2 hari saja lagi

Menerusi perkongsian yang tular di laman TikTok @anawayachill, majlis perkahwinannya hanya tinggal 2 hari saja lagi.

Tetapi malang baginya apabila bakal suaminya telah kantoi check-in di hotel dengan bekas kekasihnya.

Persiapan sudah lengkap

Bayangkan segala persiapan untuk hari bahagia mereka sudah hampir 100 peratus lengkap namun terpaksa menghadapi berita sedih ini.

“Kamunya check-in sama mantan. Persiapan sudah final, mulai dari sebar undangan, decor, catering, MUA. Rumah yang kita tabung bersama.”

Mahu positif

Namun begitu, gadis ini mahu kekal positif dan meneruskan kehidupan walaupun apa yang berlaku amat menyakitkan baginya.

“Aku cuma mahu ucapkan terima kasih sayang. Mungkin aku yang tidak cukup terbaik buat dirimu.

“Kamu tak tahu seberapa sakitnya Amiinku. Ketika memilih untuk menyebut namamu di setiap doaku.

“Semoga amin sakitku digantikan dengan adil. Terima kasih sayang.”

Doa buat bekas kekasih

Malah, gadis ini sempat mengutuskan doa buat bekas tunangannya

“Teruntuk kamu yang merosakkan pernikahanku, Ya Allah izinkan aku untuk terus ber positive thinking.

“Aku pernah baca dan aku tidak sendirian. Aku percaya tuhan menyingkirkan orang-orang dalam kehidupanmu kerana Dia mendengar percakapan yang kamu tidak dengar

“Dan Dia mengetahui apa yang kamu tidak ketahui. Dear Allah terima kasih. Aku tidak apa-apa.”

Video tular di Tiktok:

@arvio.anawaya 2020 Amaze bgtt , semoga kalian gk ngerasain apa yg aku rasa 🙏 #fyp #sayapamitpulang #pamitmopulang ♬ Sa Pamit Mo Pulang – @Rajaquotes32

@arvio.anawaya Dear kamu 🥺 terimakasih sudah berjuang , meski berhenti di H-2 nya kita 🤝🤝🤝 #fyp #SumpahAkanBerubah #sayapamitpulang #fypdongggggggg ♬ Takabek Gadih Rantau – IG:yunisahara1409

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen berasa kasihan terhadap nasib yang menimpa gadis ini.

Malah ada yang meminta supaya dia bersabar dan bersyukur kerana dapat tahu perangai sebenar lelaki itu sebelum bernikah.

 

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.