Manusia mampu merancang, namun sehebat mana perancangan yang kita rancang pastinya tidak dapat menghalang takdir yang maha Esa.
Jika sudah tertulis dia bukan jodoh, maka sekuat mana usaha yang dilakukan si dia tetap akan berlalu pergi.
Akan tetapi Dia tidak menguji hambaNya jika mereka tidak mampu. Mungkin selepas hujan lebat akan ada pelangi indah yang menjelma nanti.
Hanya tinggal sebulan sebelum kita kahwin
Namun begitu, bukan mudah menghadapi perpisahan. Tiada kata yang mampu diluahkan betapa sakitnya menghadapi ujian yang sudah tertulis.
Bukan mudah menghadapi ujian perpisahan tambahan semua persiapan untuk ke arah mendirikan rumahtangga sudah siap dan hanya menant detik indah untuk melafazkan.
Begitulah juga yang dihadapi oleh pemuda ini apabila hubungan yang dibina diputuskan walaupun hanya beberapa minggu sebelum majlis berlangsung.
Kecewa hasrat hati tidak kesampaian
Menerusi perkongsian video yang dimuat naik di aplikasi TikTok, seorang pengguna bernama Ferd.Mansor berkongsi kesedihannya itu.
Lelaki ini berkongsi sedih dan kecewa apabila hasrat untuk menghalalkan kekasih hati tidak kesampaian.
Awak batalkan majlis perkahwinan sebulan sebelum hari bahagia kita.
Dalam video pendek dikongsi, kekasihnya dipercayai membatalkan majlis perkahwinan mereka sebulan sebelum hari penuh bahagia itu tiba.
Saat yang menyedihkan adalah apabila lelaki ini turut membakar cek yang bernilai RM15k, namun cek itu tidak dapat dipastikan cek tersebut bakal diberikan kepada siapa.
Kejutan bulan madu di Langkawi tidak kesampaian
Bercerita lebih lanjut, lelaki cekal ini pada mulanya telah merancang untuk membuat kejutan dan membawa bakal isterinya kepada Pulau Langkawi.
Dia telah memilih Pulau Langkawi sebagai destinasi bulan madu mereka namun impian dan kejutan istimewa itu sama sekali tidak kesampaian.
“Tempat yang sepatutnya jadi tempat kita bulan madu. Saya rancang untuk buat kejutan kepada awak.”
“Cara awak bercinta bukan macam yang saya nak.”
Apa yang lebih menyakitkan, apabila bekas kekasihnya sempat menitipkan pesanan kepada lelaki ini.
Pasrah dan redha dengan takdir yang tertulis, pemuda ini turut mendoakan agar bekas kekasihnya mendapat pasangan yang lebih baik
Semoga awak cari yang lebih baik.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut sebak dengan perkongsian pemuda itu.
Mereka turut menitipkan doa dan semangat semoga pemuda itu sabar dan kuat dengan dugaan yang diberikan.
Malah, rata-rata netizen turut mendoakan agar lelaki ini bertemu dengan jodoh yang terbaik buat dirinya selepas ini.
Video yang tular di TikTok