Rancangan realiti TV di Malaysia bukanlah sesuatu yang baru dalam dunia hiburan tanah air.
Boleh dikatakan setiap tahun pasti ada saja rancangan baru yang ditayangkan tidak kira dari stesen televisyen mana sekali pun.
Walau bagaimanapun, setiap satu rancangan ini pasti ada keistimewaan masing-masing dari segi konsep, hadiah dan sebagainya.
Kita sendiri boleh lihat pada hari ini terlalu ramai penyanyi yang lahir dari program sebegini.
Mereka ini bukan tiada kualiti, malah bakat nyanyian dan kreatif mereka boleh dikatakan bukan biasa-biasa.
Salah satu rancangan realiti tv yang mencari bakat nyanyian pernah popular satu ketika dulu adalah ‘One In A Million’.
Rancangan OIAM ini hanya mampu bertahan tiga musim sahaja yang mula ditayangkan pada tahun 2006 sehinggalah 2009.
Menerusi perkongsian di laman Twitter, seorang pengguna telah memuatnaik kompilasi rakaman ketika ujibakat One In A Million tersebut.
Di dalam video itu kelihatan beberapa penyanyi popular hari ini turut sertai One In A Million iaitu Faizal Tahir, Hael Husaini, Alif Satar dan lain-lain lagi.
Jom tonton bagaimana artis terkenal ini ujibakat untuk menyertai rancangan One In A Million.
Video ini telah meraih lebih 80 ribu tontonan ketika artikel ini ditulis.
Rata-rata warganet terkejut dengan perubahan yang berlaku pada penyanyi-penyanyi tersebut.
“Knp muka heal husaini mcm pelakon cerita Sutun tu?”
“hael tu macam gaya tgh presentation dlm kls je”
“Lain bethol hael eh? Blur jap..hael husaini yg mane ni? Hahha”
Salah seorang penyanyi di dalam video tersebut Hael Husaini turut meninggalkan komen pada video tersebut.
“Aibnya tp tu lah Sampai skrg ada mslh hafal lirik”