Connect with us

Viral

[VIDEO] “Lambaian terakhir arwah” Sempat Tahajud Walau Menggigil, Suami ‘Pergi’ Selepas 10 Hari Bertarung

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Bukan mudah berdepan situasi kehilangan insan tersayang sekelip mata.

“Setiap yang bernyawa pasti akan merasa kematian. Al-Fatihah buat suamiku, Reza Adnin Roslan,” demikian kapsyen yang ditulis seorang wanita pada video yang dimuat naik di aplikasi TikTok.

Sebak lihat video yang dikongsikan oleh isteri arwah

Berlatar belakangkan lagu ‘Kemarin’ dendangan kumpulan Seventeen, ternyata video berdurasi 1.04 minit itu bisa mengundang sebak sesiapa sahaja yang menontonnya.

Menurut Intan Zainab Ismail Ikram, suaminya menghembuskan nafas terakhir pada 28 Mei lalu selepas 10 hari bertarung nyawa.

Detik terakhir bersama arwah masih segar di ingatan

Meskipun sudah lebih seminggu sejak pemergian suaminya, namun detik-detik terakhir bersama arwah tetap segar di ingatan ibu kepada seorang cahaya mata perempuan berusia tujuh tahun ini.

Wanita ini berkongsi ceritanya dengan mStar bagaimana segala-galanya bermula pada 18 Mei lalu apabila suaminya diserang demam.

Suami mengadu badannya lenguh-lenguh

“Selepas makan panadol, dia masih tak kebah.”

“Pagi esoknya selepas Subuh, suami mengadu badannya lenguh-lenguh, sakit perut. Saya buat bubur sebab dia tak selera makan. Selepas tu makan ubat lagi.”

Sudah kali keenam atau tujuh suami buat swab test

“Tapi demamnya tak juga kebah, malah suhu badan makin tinggi. Kami terus buat appointment untuk lakukan ujian calitan (swab), demam sekarang bukan boleh buat main.”

“Ini bukan kali pertama suami buat swab, rasanya dah kali keenam atau ketujuh sebab tuntutan kerjanya sebagai staf Petronas.”

Swab test kali ini suami sangkut

“Tuntunan kerja memerlukan dia buat swab setiap kali turun ‘site’. Kebanyakan masa suami kerja dari rumah.”

“Dipendekkan cerita, sehari kemudian doktor telefon dan beritahu ujian swab kali ini ‘sangkut’.”

Suami sangat positif terima berita itu

“Suami sangat positif, dia ‘chill’ saja terima berita tu,” ceritanya yang menetap di Kerteh, Terengganu.

Pada 21 Mei, suaminya dimasukkan ke pusat kuarantin manakala dia dan anak tunggalnya pula melakukan ujian calitan kerana merupakan kontak rapat.

Siapa sangka itulah lambaian terakhir arwah

“Kami sempat bertemu seketika di pusat kuarantin tersebut sebelum ‘berpisah’ sementara.”

“Anak meraung-raung sebab berpisah dengan baba dia. Sebelum pulang, kami saling melambai-lambai. Siapa sangka, itulah lambaian terakhir arwah,” cerita wanita ini.

Saya turut positif sementara anak kami negatif

Setelah tiga hari ditempatkan di pusat kuarantin, suami Intan Zainab terpaksa dipindahkan ke sebuah Hospital Hulu Terengganu kerana keadaannya semakin memburuk.

“Pada Isnin, 24 Mei, keputusan ujian saya keluar dan saya turut disahkan positif Cvid-19 sementara anak kami negatif.

Suami pesan biarlah anak ada depan mata

“Tapi tak ada rezeki nak jumpa suami di pusat kuarantin sebab hari itu dia dah dipindahkan ke hospital dan saya hanya dimasukkan ke pusat kuarantin pada Selasa keesokannya.”

“Anak terpaksa saya bawa sekali memandangkan ada kekangan tertentu, lagi pula suami pesan biarlah anak ada depan mata.”


Hari-hari kami berhubung walaupun seketika kerana suami penat bercakap

“Hari-hari kami berhubung. Kerap saya call dia tapi sekejap-sekejap setiap kali, sebab dia batuk teruk. Takut dia penat kalau banyak bercakap,” ceritanya.

Sehinggalah pada malam Khamis, Intan Zainab berkata suaminya mengadu sukar untuk bernafas ketika mereka saling berhubung.

Suami beritahu dia bergantung pada tabung oksigen untuk bernafas

“Lebih kurang pukul 12 tengah malam, suami hantar mesej di WhatsApp memberitahu dia bergantung kepada tabung oksigen untuk bernafas.”

“Tapi saya dah terlelap dan hanya baca mesej waktu Subuh, pagi Jumaat.”

Doktor tunjuk video arwah, anak meraung panggil baba dia

“Doktor juga tunjukkan video wajah arwah. Masa tu anak dah meraung panggil baba dia. Doktor pun ikut menangis sekali.”

“Saya terus balas kembali mesejnya tapi hairan, tiada jawapan. Mungkin naluri isteri, saya rasa tak sedap hati.”

Naluri isteri, saya rasa tak sedap hati

“Lebih berdebar-debar bila teringat sekarang masih bulan Syawal. Saya fobia kerana dua adik beradik dan bapa meninggal ketika bulan Syawal juga sebelum ni.”

“Saya tak henti-henti berzikir dan berdoa janganlah berlaku apa-apa sebab saya tak bersedia kehilangan lagi,” ujarnya yang menjalankan bisnes dalam talian.

Suami terpaksa ditidurkan dan berpindah hospital

Kongsi wanita ini, debaran yang dialaminya terjawab selepas menerima panggilan daripada pihak Hospital Hulu Terengganu.

Mereka memaklumkan suaminya terpaksa ‘ditidurkan’ dan sedang dipindahkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, di Kuala Terengganu.

Doktor berat hari beritahu suami saya tidak dapat diselamatkan

Panggilan kedua yang diterima pada pukul 4 petang daripada pihak hospital hari yang sama akhirnya membawa perkabaran duka buat Intan Zainab.

“Doktor dengan berat hati memaklumkan suami saya tidak dapat diselamatkan.”

Anak meraung panggil baba sampai doktor pun ikut menangis

“Menurut doktor, suami dah meninggal dunia ketika dalam perjalanan namun mereka tetap berusaha juga tapi gagal.

“Doktor juga tunjukkan video wajah arwah, masa tu anak dah meraung panggil baba dia.”

“Doktor pun ikut menangis sekali. Saya hampir pitam dan menggigil-gigil. Saya gagahkan solat Asar, itulah solat paling panjang sebab saya sangat lemah,” cerita wanita ini dengan tabah.

Rezeki arwah, ramai yang hulurkan bantuan

Selepas tiga hari pemergian suaminya, Intan Zainab akhirnya selesai menjalani tempoh kuarantin dan terus menziarahi pusara arwah sebaik sahaja dibenarkan pulang.

“Alhamdulillah semua urusannya dipermudahkan kerana ramai yang hulurkan bantuan. Rezeki arwah.”

Banyak mesej saya terima cerita kebaikan arwah

“Selepas pemergiannya, banyak sangat mesej yang saya terima cerita kebaikan arwah termasuk rakan satu wad.”

“Mereka cerita arwah tak lekang dengan zikir, surah Al-Mulk malah sempat tahajud walaupun menggigil-gigil pada malam sebelum meninggal dunia.”

Sanggup jual motor Ducati untuk hantar ibu bapa pergi haji

“Sepanjang 12 tahun hidup dengannya, arwah tak pernah lalai tanggungjawab kepada ibu bapanya dan adik-adik.”

“Duit gaji setiap bulan akan dihulur pada ibu bapa dulu. Dia pernah jual motor Ducati kesayangan semata-mata nak hantar mereka pergi haji.”

“Dengan kawan-kawan juga langsung tak berkira dan memang sangat disenangi,” katanya lagi.

Kongsi Intan Zainab lagi, meskipun berat menerima hakikat kehilangan teman hidup, namun dia reda dan bersyukur kerana menghembuskan nafas terakhir pada hari Jumaat.

Arwah tiada penyakit dan seorang yang suka bersukan

“Arwah tiada sejarah penyakit malah dia seorang yang fit sebab suka bersukan khususnya berbasikal.”

“Kami sangat patuhi SOP namun tiada upaya kita halang takdir yang dah tertulis. Pandemik hanya asbabnya.”

@kaknab84Setiap yang bernyawa. Pasti akan merasa kematian. Alfatihah buat arwah suamiku. Reza Adnin Roslan. 🤲 ##CovidFighter ##FamilyRI♬ Kemarin – SEVENTEEN

Anaklah penguat semangat saya

“Saya koyak juga pada hari-hari pertama namun pujukan serta kata-kata anak buat saya tenang selain sokongan daripada keluarga dan rakan-rakan,” katanya lagi.

Salam takziah kepada keluarga arwah, semoga mereka diberikan kekuatan dan ketabahan mengharungi dugaan ini.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.