Connect with us

Semasa

[VIDEO] Lancar ‘Crowd Funding’ Bantu Siswa Terkandas, Maszlee Malik Berjaya Kumpul Hampir RM44k

Isu mengenai penangguhan sesi pendaftaran mahasiswa Institut Pengajain Tinggi (IPT) terus hangat diperkatakan di media sosial.

Arahan penangguhan pendaftaran pelajar baru

Semalam, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mengeluarkan arahan terkini menyarankan agar semua IPT menangguhkan sesi pendaftaran pelajar baharu.

Walaubagaimanapun, menterinya, Datuk Dr. Noraini Ahmad mencadangkan agar sesi pendaftaran tersebut dijalankan secara dalam talian dan keputusan drastik itu dibuat berikutan kadar kes jangkitan COVID-19 didapati meningkat akhir-akhir ini.

Ada diantara mereka kehabisan wang, tiada tempat tinggal dan sebagainya

Sehubungan itu, ramai bakal siswa yang sepatutnya dijadualkan akan mendaftar minggu ini akur dengan arahan tersebu.

Pada masa sama ada antara mereka yang terkesan kerana kehabisan wang, tiada tempat tinggal sementara dan sebagainya.

Dr. Maszlee Malik lancarkan kutipan sumbangan awam

Boleh dikatakan isu ini mendapat perhatian di hati netizen, lalu pelbagai saluran bantuan ditawarkan kepada bakal siswa ini secara terbuka, semuanya bagi membantu meringankan beban mereka yang terjejas.

Menerusi laman Twitter, bekas Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik turut melancarkan kutipan sumbangan awam buat bakal siswa ini.

3695 permohonan diterima daripada siswa

Satu video dari Dr. Maszlee yang berkongsi perkembangan terkini mengenai permohonan bantuan serta sumbangan awam yang terkumpul setakat 9 pagi ini.

Beliau turut memberitahu mengenai perkembangan terkini sumbangan yang telah lancarkan beliau malam tadi.

Sehingga pagi ini, sebanyak 3695 permohonan diterima daripada anak siswa.Manakala sebanyak RM 43,998.29 telah disumbangkan oleh orang ramai.

Berharap orang ramai dapat menyumbang

Oleh kerana terlalu banyak permohonan, saya menyeru semua untuk terus menyebarkan usaha ini supaya lebih ramai orang dapat menyumbang.

Untuk mereka yang mahu menyumbang boleh salurkan wang ke Pertubuhan Rejuvenasi Pendidikan di nombor akaun, Maybank: 5647-1752-7213.

Ini adalah untuk memastikan lebih ramai permohonan dapat kita proses untuk diberikan bantuan.

100 Penerima kumpulan pertama akan diberikan hari ini

InshaAllah, 100 penerima kumpulan pertama akan kita usahakan untuk menerima bantuan pada hari ini juga. Ini akan kita maklumkan sekitar jam 1 tengah hari nanti.

Terima kasih Malaysia sekali lagi. Semoga dengan bantuan ini dapat meringankan beban yang ditanggung mahasiswa yang memerlukan bantuan ketika ini.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.