Tatkala seluruh dunia sedang bertungkus lumus menghadapi wabak COVID-19 yang semakin menular, tidak dinafikan ada juga dugaan lain yang hadir.
Ribut pasir tebal seperti sebuah dinding
Satu kejadian telah berlaku di ibu kota Niger iaitu Niamey apabila kawasan tersebut dilanda ribut pasir yang tebal.
Difahamkan, kejadian ribut pasir yang menakutkan itu telah berlaku pada hari Isnin yang lepas.
Seperti sebuah dinding pasir
Menerusi video yang dikongsikan di Twitter, keadaan tersebut dikatakan ibarat sebuah dinding pasir yang tebal sedang melanda Niamey.
Langit berubah berwarna oren
Sementara itu, media tempatan juga melaporkan kejadian tersebut berlaku pada jam 2 petang.
Selain itu, kejadian ribut pasir itu juga dikongsi oleh beberapa pengguna Twitter yang turut berada di sana semasa ribut itu melanda
Menurut beberapa orang pengguna Twitter, kejadian tersebut dikatakan telah menyebabkan langit bertukar menjadi warna oren ataupun merah.
Negara tersebut terkenal dengan ribut pasir
Selain itu, menurut Hindustan Times, ribut tersebut bukanlah pemandangan luar biasa di Niger.
Difahamkan, negara tersebut terkenal dengan ribut pasir yang sering membawa pasir Sahara ke seluruh negara itu. Ia biasanya berlaku di antara Januari hingga April dan dikenali sebagai musim “Harmattan”.