Bulan Ramadhan pada kali ini tetap berjalan seperti biasa biarpun sambutan tahun ini nyata berbeza dari sebelum ini.
Menghabiskan masa berpuasa di rumah nyata memberikan pelbagai cerita baru apabila ramai diantara kita sibuk memasak di dapur berbanding sebelum ini.
Begitulah juga kepada mereka yang baru pertama kali ini berpuasa seperti wanita korea yang tular ini.
Video lucu wanita korea cakap loghat melayu
Menerusi satu video yang telah dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter yang mana sebuah video memaparkan kelucuan wanita korea bertutur dalam bahasa Melayu.
Lebih mencuit hati apabila dia cuba bertutur dalam loghat pasar dan kelihatan lucu diraut mukanya.
“Apabila wanita korea bercakap lapar nak mampus” tulisnya.
Sementara itu, video berkenaan memaparkan seorang wanita korea yang dikenali sebagai Maryam sedang bertutur dalam bahasa melayu.
Video tersebut mendapat perhatian ramai apabila slang melayu korea itu kelihatan sangat lucu apabila digabungkan.
Wanita itu berkahwin dengan lelaki melayu
Selain itu, kelihatan seorang lelaki melayu sedang memasak didapur turut sama berada di dalam video tersebut.
Lelaki tersebut merupakan suami kepada wanita korea berkenaan dan pasangan ini telah tular sebelum ini.
Menerusi Facebook Ryzal Ibrahim, wanita korea ini merupakan isterinya yang bernama Maryam.