Kehilangan insan tersayang terutama pasangan hidup amatlah perit untuk dilalui dan dugaan tersebut bukanlah mudah untuk dihadapi.
Tiada lagi senyum tawa yang menghiasi hari-hari mendatang apabila suami atau isteri pergi selamanya.
Tiada lagi insan yang menjadi tulang belakang suami
Malah apa yang paling dirasai adalah tiada tulang belakang yang selama ini sentiasa menyokong kita dalam apa jua situasi dan juga teman berkongsi kasih.
Kesedihan itu bukanlah bermakna kita tidak redha dengan takdir yang tertulis namun begitu kehilangan itu merupakan satu kehilangan yang besar dalam diri setiap orang.
4 bulan isterinya pergi mengadap Ilahi
Berat hati memandang, namun berat lagi bahu yang memikul. Begitulah nasib yang menimpa seorang suami ini apabila kehilangan isteri tanpa diduga.
Menerusi perkongsian lelaki tersebut di aplikasi TikTok, seorang pengguna bernama Syed Mohd Izzudin.
Difahamkan, sudah hampir 4 bulan isterinya pergi mengadap Ilahi disebabkan masalah jantung.
Pemergian mengejut kerana masalah jantung
Tanpa diduga beliau diuji dengan pemergian isteri tercinta secara mengejut membuatkan beliau sangat merindukan arwah isterinya.
Satu posting video yang di muat naik di aplikasi TikTok telah mendapat perhatian ramai dan meruntum jiwa.
Syed berkongsi rumah sewanya bersama arwah isteri
Syed berkongsi video keadaan rumah sewa dia dan arwah isterinya sebelum memulangkan kunci kepada tuan rumah.
Bagaimanapun, Syed yang kelihatan ceria di awal video tiba-tiba tidak dapat menahan sebak apabila bercerita mengenai bilik dia dan arwah isterinya itu.
Isterinya gemar menghias rumah
Beliau turut berkongsi cerita mengenai wanita itu yang gemar menghias rumah dan memastikan rumah mereka sentiasa dalam keadaan bersih dan cantik.
Dalam video berkenaan jelas menggambarkan Syed sangat rindukan arwah isterinya apabila terbayangkan kenangan mereka sebelum isterinya menghembuskan nafas.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut sebak dan bersimpati dengan nasib yang menimpa Syed itu.
Raih 250,000 tontonan setelah 5 jam dimuat naik
Malah, mereka turut menitipkan doa dan memberikan semangat buat Syed meneruskan kehidupannya serta diberikan lelaki ini kekuatan untuk menghadapi dugaan tersebut.
Posting video yang dikongsikan itu telah berjaya meraih hampir 250,000 tontonan setelah dimuat naik 5 jam lepas.
Sebelum ini, Syed ada memuatnaik video kenangannya bersama isteri yang turut menjadi perhatian para netizen.
“Biy tahu yg syg tak akan kembali lg dkt dunia ini.cuma biy nk bg thu biy rindu awak syg.. Allahuakbar Al -fatihah utk isteri ku cinta”