Connect with us

#MalaysiaBaru

[VIDEO] Lebih RM26 Ribu Sebulan, Lelaki Ini Dedah Jumlah Pendapatan Syahmi Sazli

Para peminat video drama spontan terbitan Syahmi Sazli Production pastinya tertanya-tanya berapa pendapatan bulanan mereka.

Jika dilihat setiap video yang dimuat naik pasti mendapat sambutan hangat sehinggakan video terbaru Drama Spontan Episod 12 mencecah hampir 7 juta tontonan di Youtube sahaja.

BACA:  “Agak-agak duit tu Asif dapat rasa tak? Dimana hak Asif?” Ini Penjelasan Pihak Syahmi Sazli

Bagi menjawab teka-teki tersebut, seorang Youtuber dengan nama Brojep telah mendedahkan anggaran pendapatan Syahmi Sazli.

Brojep menggunakan laman web Socialblade untuk menganalisis jumlah subscribers, tontonan video dan juga anggaran pendapatan minimum hingga maksimum yang mampu dicapai oleh Syahmi.

Menurut pemuda ini, setiap bulan Syahmi Sazli mendapat RM26,800 minimum daripada Youtube.

Malah, menurutnya lagi Syahmi mampu menjana pendapatannya sehingga RM432,000 maksimum sebulan.

“Berapa Gaji Youtuber – Syahmi Sazli

“Assalamualaikum dan salam sejahtera. Dalam video kali ni saya kongsikan kepada korang berapa anggaran pendapatan yang diperolehi oleh youtuber Malaysia iaitu Syahmi Sazli.

“So kalau korang nak tahu, jangan lupa nonton video ni sampai habis”

Anggaran pendapatan ini hanya berdasarkan jumlah subscribers dan tontonan di Youtube sahaja.

Ia tidak termasuk dengan penajaan produk di dalam video.

BACA: Berjaya di Usia Muda, Syahmi Ketengahkan Bakat Asif Biarpun Seorang Kanak-Kanak Istimewa

Seperti semua sedia maklum, Syahmi juga memuatnaik video beliau di Facebook dan menjana pendapatan menggunakan Facebook Ad Breaks.

Selain itu, Syahmi juga memiliki perniagaan santan, produk kosmetik dan kesihatan.

Bagi yang tidak mengenali, Syahmi Sazli merupakan di antara Youtuber terkenal di Malaysia dengan mempunyai jumlah Subscribers 1.6 juta orang.

Filem Sangkar raih kutipan melebihi RM10.3 juta?

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.