Bermula semalam, negara kita sudah memasuki fasa ke-4 Perintah Kawalan Pergerakan.
Walaupun fasa keempat ini jauh lebih longgar berbanding sebelum ini, masih ramai yang merasa bosan berada di rumah sehingga tercetusnya idea yang pelik-pelik.
Menerusi satu perkongsian di Facebook, seorang lelaki dengan niat bergurau pada mulanya telah memuat naik sekeping gambar dan mencabar dirinya sendiri untuk membuat stail rambut seperti di dalam gambar tersebut sekiranya mencapai sejuta komen.
“Dapat 1M comment, aku akan potong rambut mcm niyy .. Takkan dapat punya 1M comment tu ..”
Tanpa disangka, hanya beberapa jam sahaja selepas foto tersebut dimuat naik, dia berjaya mendapat lebih dari satu juta komen dan 52 ribu likes.
Ramai netizen yang teruja dengan jumlah tersebut dan menuntut Rafiezul menunaikan janjinya dengan membuat video secara langsung.
Tidak lari dari janjinya, Rafiezul akhirnya memotong rambutnya secara live di laman Facebook miliknya.
Sehingga kini video tersebut telah menerima hampir 200 ribu tontonan.
Rata-rata netizen memuji sikapnya yang jujur dan sanggup mengorbankan rambutnya itu,
Menerusi posting terbaru, Rafiezul turut mengucapkan terima kasih kepada semua netizen dan memohon semua menganggap ianya hanya sekadar hiburan.
“Alhamdulilah, saya sudah tunaikan janji saya dengan izin Allah .. Semua niyy hanya laa sekadar hiburan .. Terima Kasih yg comment, yg mendoakan, yg always positive ..
“Maaf jika ada yg kurang dari saya .. Semoga kita semua dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur, diberikan kesihatan dipermudahkan urusan dunia akhirat dan dunia semakin pulih dari Covid19 ..”
Malah, Rafiezul turut akan mengekalkan gaya rambut tersebut selama beberapa hari di atas permintaan semua.
“Saya akan kekalkan rambut saya untuk beberapa hari demi permintaan kamu semua ..”