Connect with us

Viral

[VIDEO] Luqman Hakim Makin Confident Speaking Bahasa Inggeris, Netizen Teruja

Pemain bola sepak muda negara, Luqman Hakim Shamsudin, yang kini bermain bersama kelab Belgium, KV Kortrijk mencuri tumpuan ramai apabila tampil dalam sebuah video terbaru.

Menerusi laman Twitter, video tersebut dimuat naik di Twitter rasmi KV Kortrijk, semalam.

Namun apa yang menariknya, menerusi video tersebut, anak kelahiran Kota Bharu, Kelantan itu memberi ucapan sepenuhnya dalam bahasa Inggeris.

“Saya kini dalam keadaan sangat baik. Terus berlatih sebaik mungkin, push diri saya untuk mencapai impian.

“Saya mahu banggakan Malaysia. Terima kasih kepada anda semua yang sokong saya termasuklah peminat saya di Belgium,” katanya.

Kebanyakan peminat kagum dengan penampilan terbaru Luqman yang dilihat semakin berkeyakinan.

Tidak kurang juga yang ‘berseloroh’ mengatakan loghat Luqman sudah seperti rakyat Belgium.

“speak english already sound like belgian ja. ja ja ja. dont forget eat waffle many many. i heard belgian waffle is da best ja”

nice luqie, confident is the key to success and achieve your dream!

“Brilliant speech Luqman! We are already proud of u”

Sebelum ini Luqman sebelum ini memberitahu dia perlu menguasai bahasa Inggeris dengan lebih baik untuk memudahkannya berlatih dan berinteraksi bersama rakan sepasukan di Belgium.

Menurut Luqman, kekangan tersebut antara cabaran yang perlu diatasinya.

Terdahulu, Luqman yang baru berusia 18 tahun, berlepas ke Belgium Ogos lalu setelah menandatangani kontrak selama lima tahun bersama kelab Belgium, KV Kortrijk.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.