Kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah kekal selamanya. Begitulah kasih dan sayang ibu bapa terhadap anak-anak walaupun berjauhan.
Tinggal berjauhan dengan insan tersayang terutama ibu dan bapa satu perasan yang tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata.
Terpaksa tanggung rindu terhadap ibu tercinta
Hanya mereka yang melalui sahaja merasa betapa rindunya dengan orang tersayang saat orang yang dirindui jauh dimata dekat dihatii.
Begitulah juga dengan kisah ini yang mana seorang kanak-kanak lelaki ini apabila terpaksa menanggung rindu terhadap ibu tercinta.
Mama rindu Imran
Menerusi satu rakaman video yang dimuat naik oleh Melliringallery di TikTok mengenai kanak-kanak ini telah mendapat perhatian ramai.
Dalam rakaman video berkenaan, seorang kanak-kanak lelaki yang dikenali dengan nama Imran tidak dapat menahan sebak selepas membaca nota daripada ibunya.
Ibunya bekerja dan tidak dapat pulang ke rumah
Difahamkan, ibu kepada Imran dikatakan sedang bekerja dan tidak dapat pulang ke rumah.
Atas urusan kerja, ibu kanak-kanak tadi telah menggunakan khidmat ‘surprise delivery’ untuk memberikan hadiah kepada Imran.
Semasa penghantaran hadiah dilakukan, individu ini meminta Imran untuk membaca nota yang ditulis oleh ibu tercinta.
Mama minta maaf, nanti cuti mama balik
Pada awalnya, Imran kelihatan tenang membaca nota yang dikirimkan oleh ibunya tetapi akhirnya air mata anak kecil ini jatuh juga selepas membaca nota ucapan tersebut.
“Mama rindu Imran, belajar rajin-rajin ye. Nanti mama cuti mama balik. Mama minta maaf sebab tinggalkan”.
Harap Imran kuat dan sabar menunggu kepulangan ibu tercinta
Perkongsian video tersebut telah meraih hampir 600,000 ribu tontonan setelah dimuat naik di aplikasi TikTok.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut sebak dan sedih melihat tangisan Imran yang sedang merindui ibu tercinta.
Netizen turut menitikan doa dan kata-kata semangat supaya terus kuat dan sabar menanti kepulangan ibu tercinta.