Satu perkongsian di laman Twitter, seorang wartawan dan editor, Mohd Redzuan Abdul Manap menjadi perhatian netizen.
Video berkenaan memaparkan adegan kejar mengejar diantara polis trafik dan seorang suspek dipercayai berlaku di lebuhraya Duke sebentar tadi di Twitter peribadinya.
Adegan kejar mengejar diantara seorang anggota polis menaiki sebuah motosikal dan sebuah kereta Nisaan berwarna hitam.
Tembakan dilepaskan pada tayar kereta
Walaupun keadaan jalan yang sesak, namun kereta itu dilihat tidak memberhentikan kenderaan walaupun disuruh berbuat demikian oleh anggota polis tersebut.
Akhirnya, polis berkenaan mengeluarkan pistol dan melepaskan tembakan pada tayar kereta Nissan tersebut untuk memberhentikan kereta itu.
Walaupun tembakan tadi tepat pada tayar kereta itu, namun ia masih gagal memberhentikan kenderaan tersebut.
Suspek loloskan diri
Menurut Redzuan, polis terus mengejar kereta tersebut selepas suspek enggan berhentikan kenderaan semasa roadblock dan cuba langgar anggota polis.
Difahamkan, suspek ini dikatakan berjaya meloloskan diri namun kenderaan tersebut berjaya ditemui bersama dadah di Lebuhraya Duke.
Sementara itu, pihak polis juga dikatakan sedang menyiasat nombor pendaftaran kereta sama ada palsu atau tidak kerana ia didaftar atas nama seorang wanita berusia 62 tahun.