Seperti yang diketahui umum, jumlah pesakit yang dijangkiti wabak Covid-19 dilihat terus meningkat dari hari demi hari
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah berusaha bertungkus lumus melakukan beberapa langkah pencegahan agar rakyat Malaysia terhindar dari dijangkiti Covid-19.
Sehubungan dengan itu, KKM telah mengeluarkan beberapa langkah antaranya menghadkan pelawat ke hospital.
Penjelasan yang bagus dari pengawal keselamatan
Langkah ini dilihat mampu membantu penyebaran wabak ini yang dilihat semakin merunsingkan.
Sementara itu, satu rakaman video telah dikongsikan oleh Fazli Wazil menerusi laman Twitter tular dan mendapat perhatian ramai.
Menerusi video berkenaan, seorang pengawal keselamatan sedang memberikan penerangan yang jelas kepada pelawat di hospital.
Turut mendapat pujian dari KKM
Sikap bertanggungjawab dan prihatin pengawal keselamatan itu turut mendapat pujian dari KKM.
Video tersebut memaparkan pengawal itu memberikan gambaran yang jelas bagi membolehkan setiap pelawat memahami peraturan yang telah ditetapkan.
Video yang menarik untuk pengunjung hospital
Pengawal keselamatan itu memberi arahan kepada orang ramai berkenaan jumlah pelawat yang dibenarkan melawat seseorang pesakit.
Selain itu, seorang pesakit hanya dibenarkan menerima kunjungan 2 orang pelawat pada satu-satu masa dan kanak-kanak di bawah umur 12 tahun tidak dibenarkan masuk.
Waktu lawatan bagi pelawat dipendekkan
Sementara itu, KKM menerusi Twitter rasminya menegaskan bahawa waktu lawatan di semua hospital telah dipendekkan bagi mengelak penularan jangkitan Covid-19 di hospital.
Di samping itu, bagi mereka yang berisiko tinggi untuk dijangkiti wabak ini haruslah mengelak dari pergi ke hospital jika tiada urusan penting.
Semoga kita sama-sama mengambil berat dan mengikut langkah-langkah yang diberikan KKM untuk memastikan keadaan ini terkawal