Kebanyakan orang ramai menggunakan laluan lebuh raya sebagai jalan utama dalam kehidupan seharian kerana dikatakan lebih cepat untuk sampai ke destinasi yang dituju lebih-lebih lagi menjelang perayaan dan mereka akan singgah berehat di tempat rehat (R&R) seketika sebelum meneruskan perjalanan.
Namun persoalannya, bagaimanakah pekerja Rehat dan Rawat (R&R) ini pergi dan pulang dari kerja sedangkan lebuh raya begitu jauh daripada kawasan perumahan.
Berdasarkan ciapan persoalan tersebut, rata-rata warga Twitter memberikan respon bersama pendapat masing-masing bagi menjawab persoalan berkenaan.
Melihat kepada respon-respon yang diberikan, antara jawapan yang paling banyak diterima ialah terdapat lorong kecil di belakang RNR yang boleh menghubungkan kepada kawasan perumahan.
Pun begitu, bagi kebanyakan lorong tersebut hanya sesuai diakses menggunakan motosikal dan agak sukar untuk kereta melaluinya.
Seorang lelaki telah menjawab persoalan misteri bagaimana para pekerja R&R ini pergi bekerja kerana ada juga yang berfikir bahawa pekerja ini adalah bunian dan tidak pulang ke rumah.
Lelaki tersebut merakam laluan kecil sambil menaiki motor bersama isterinya menunjukkan laluan yang singkat untuk pergi berkerja setiap hari.
Sebenarnya setiap R&R mempunyai jalan belakang yang mana menghubungkan R&R dengan jalan kampung. Tapi keadaan jalan mungkin berbeza-beza mengikut tempat.
Menurutnya lagi, ada juga pengangkutan yang akan mengambil para pekerja di hujung kampung dan bergerak bersama-sama lebih-lebih lagi pada waktu gelap.
Namun begitu, kebanyakan jalan hanya boleh dilalui oleh pengangkutan kecil sahaja seperti motor.
Dalam pada itu, ada juga yang berkongsi pernah pergi ke kawasan rehat itu menggunakan jalan belakang.
“Ada pagar belakang yang tak perlu lalu highway awak. Tapi jalan tu kenderaan takleh lalu nak tembus ke highway, so kena parking luar la cerita dia. Saya tahu sebab selalu pergi rnr pagoh ikut jalan belakang keran situlah fast food terdekat”
Malah, ramai yang turut berkongsi pengalaman berkerja di pusat rehat itu dan ada juga yang tidak sanggup untuk bekerja lagi kerana faktor keselamatan oleh kerana ada yang memberanikan diri melawan arus lebuh raya untuk pulang dengan cepat.
Mereka akan keluar dan masuk semula ke highway atau mereka akan ‘pancung’ sahaja ke simpang jalan menuju arah pulang ke rumah.
“Aku penah keje kat rnr ayer keroh. Jalan nak masuk kiri kanan kelapa sawit. Balik pukul 4 5 pagi. Nasib takde yg tumpang Face with tears of joy. Dengan jalan lubang2 tanah merah.”
“Hahaha kalau 12 malam aku habis shift, aku memang OT sampai subuh la jawabnya kalau macam ni jalan balik kahkahkah”
“Lepasni dah boleh benti rnr dengan tenang” kata seorang netizen meluahkan rasa lega setelah misteri pekerka R&R terjawab.