Sebelum wabak pandemik melanda seluruh dunia, umum mengetahui ramai pelancong asing dari luar negara datang ke Malaysia untuk melancong malah ramai juga yang menetap di negara ini atas faktor kerjaya.
Walaupun begitu, tidak ramai pelancong asing yang fasih berbahasa Melayu, sedangkan yang sudah menetap lama di Malaysia juga kurang mahir berbahasa dan menggunakan bahasa kedua sahaja tetapi tidak untuk pelancong asing yang tular di Tiktok baru-baru ini.
Menerusi video yang dikongsikan itu, dilihat seorang mat salleh sedang duduk bersila bersama rakan-rakannya melayan busking di Bukit Bintang, Kuala Lumpur dan video tersebut telah diambil sebelum wabak melanda dunia namun tidak dapat dipastikan pada tahun bila.
Namun apa yang menarik perhatian netizen apabila lelaki tersebut dilihat bersama-sama menyanyikan lagu jiwang yang dinyanyikan oleh kumpulan buskers itu. Tidak dapat dinafikan sebutannya cukup sempurna bila dilihat.
Melihat kefasihan dan semangatnya menyanyi lagu itu bersama, vokalis buskers itu telah mengajaknya berdiri serta menyanyi bersama mereka tetapi tidak disangka memang benar mat salleh itu pandai menyanyikan lagu Akulah Kekasihmu daripada kumpulan AXL itu dan berjaya menghabiskan lagu itu dengan baik.
Menurut informasi netizen, lelaki mat salleh itu bernama Ardy Mike dan dia suka melancong ke pulau-pulau bersama rakan-rakannya serta boleh bertutur dalam bahasa melayu dan dia juga gemar mendengar lagu-lagu jiwang. Malah ada juga yang berkata dia kini menetap di Pulau Redang.
“Ardy Mike, lama duduk kat pulau kami dan boleh berbahasa melayu sikit, suka layan lagu jiwang melayu.”- netizen.
Menerusi video yang tular di Tiktok itu, rata-rata netizen memuji sikap sporting Ardy Mike dan terpersona melihat wajah jejaka tampan itu sampai ada yang berseloroh mahu mencarinya lagi.
Sudahlah tampan, pandai berbahasa melayu, sporting pula. Pasti ramai wanita yang cair melihatnya.
“Sape macam aku, ulang tengok banyak kali dan nyanyi sekali penuh perasaan. kite geng”- netizen.
Susulan tularnya video tersebut yang kini sudah mencecah 759K views, 98.6K likes dan 5.2K shares di TikTok.
Video tular di laman Tiktok