[VIDEO] Mahu Bayi Diam Dari Menangis, Bapa Tergamak Sembur Racun Ke Muka
Hanya kerana tidak tahan mendengar anaknya menangis, seorang bapa tergamak menyembur racun serangga ke muka bayi lelaki itu supaya diam.
Tampar muka bayi berusia dua bulan
Selain itu, bapa kejam itu turut menampar muka bayi berusia dua bulan dan melambungnya. Kejadian tersebut berlaku di Taman Pauh Indah, Arau, Jumaat lalu.
Menurut Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Nanda Maarof berkata, pihaknya sudah menahan suspek berusia 39 tahun susulan laporan daripada doktor di Klinik Kesihatan Arau yang merawat mangsa.
“Kita menerima laporan doktor di Bahagian Ibu dan Anak klinik berkenaan pada 11.30 pagi Jumaat lalu selepas pemeriksaannya mendapati bayi berkenaan kurang aktif dan bibirnya kebiruan”.
Ayah kandung sembur racun serangga pada muka mangsa
Disamping itu, bayi tersebut turut mempunyai kesan kemerahan di kepala dan juga kecederaan di belakang kepala dan leher.
“Mangsa juga cedera di belakang kepala dan leher selain terdapat kesan kemerahan ditemui di kepalanya” lapor Harian Metro.
“Ibu mangsa disoal siasat dan dia mengaku suaminya yang juga ayah kandung bayi itu menyembur racun serangga pada muka dan mencederakan mangsa,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Mangsa mengalami komplikasi di otak kerana kecederaan tersebut
Nanda berkata, suspek ditahan pada hari kejadian dan Penolong Pendaftar Mahkamah Kangar, Monica Joseph Gaisah membenarkan tempoh tahanan remannya dilanjutkan sehingga Khamis ini bermula hari ini.
“Mangsa kini dirujuk kepada Pakar Kanak-Kanak Hospital Tuanku Fauziah, Kangar untuk pemeriksaan lebih lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001,” katanya.
Difahamkan mangsa mengalami komplikasi di otak akibat kecederaan yang dialaminya.
Semoga pesalah mendapat hukuman yang setimpal dengan perbuatan tersebut dan diharap kisah ini menjadi pengajaran kepada semua.