Connect with us

Semasa

[VIDEO] Mahu Kebumi Sendiri, Penduduk Sekat Van Jenazah & Bawa Lari Mayat COVID-19

Seluruh dunia sedang bertungkus-lumus menyekat penularan pandemic Covid-19 yang telah meragut banyak nyawa.

Sebelum ini, Malaysia antara negara yang terjejas dan kini Indonesia pula dilihat sedang berdepan dengan jangkitan Covid-19 yang semakin meluas.

Kes mengejutkan berlaku di Ambon Maluku

Menerusi CNN Indonesia, baru-baru ini berlaku satu kes yang mengejutkan di Ambon Maluku.

Difahamkan, kes ini terjadi apabila penduduk di situ dikatakan telah menyekat sebuah van jenazah.

Ambil mayat pesakit Covid-19 secara paksaan

Mereka kemudiannya telah mengambil mayat pesakit Covid-19 yang ada di dalamnya dengan cara paksaan.

Kejadian itu dilaporkan kejadian berlaku di Jalan Jenderal Sudirman, Negeri Batu Merah, Kota Ambon Maluku, Indonesia.

Video tersebut memaparkan orang ramai dilihat membuka pintu belakang van tersebut dan membawa keluar keranda yang dipercayai mempunyai jenazah pesakit Covid-19.

Dua orang polis turut dikasari

Apa yang lebih mengecewakan adalah walaupun ada dua orang polis yang mengiringi, penduduk berkenaan dikatakan bersikap kasar dengan memukul anggota tersebut.

Difahamkan, penduduk di situ tidak mahu jenazah dikebumikan dengan SOP yang ditetapkan.

Pada pandangan keluarga si mati, mereka yakin kematiannya bukanlah sebab virus tersebut.

Banyak kes rakyat bertindak rampas mayat COVID-19

Apa yang mengejutkan adalah mayat yang dibawa lari oleh penduduk Kota Ambon itu sebenarnya seorang bekas Ahli Parlimen, berusia 58 tahun di sana, lapor Berita Harian.

Menurut Ketua Petugas Khas COVID-19 kebangsaan, Doni Monardo, banyak keluarga yang bertindak seperti ini tanpa kebenaran pihak polis.

Tindakan itu penyebab peningkatan jangkitan

“Tindakan tidak mematuhi protokol perubatan ini adalah salah satu penyebab utama peningkatan jumlah jangkitan, khususnya di Jawa Timur,” katanya.

Pertama kali Jawa Timur mengatasi jumlah jangkitan di Jakarta kali selepas wilayah dengan 40 juta penduduk itu merekodkan 10,901 kes jangkitan berbanding 10,796 kes di ibu negara.

Peniaga pasar pulang tidak mahu jalani saringan Covid-19

Selain itu, di Pekanbaru, Riau, peniaga pasar basah termasuk di pusat Sukaramai, menutup kedai dan pulang apabila kakitangan kesihatan berpakaian perlindungan mahu melakukan saringan COVID-19.

Malah, perkara sama berlaku di pasar di bandar lain termasuk di Jakarta, di mana kebanyakan peniaga bimbang mereka akan dihalang bekerja sekiranya didapati positif bagi virus itu.

Kesan gelombang kedua jangkitan

Sementara itu, portal berita Riauonline melaporkan wilayah Riau akan melakukan ujian saringan secara besar-besaran di pasar tradisional selepas pihak berkuasa tempatan mengesan gelombang kedua jangkitan sudah berlaku.

Jurucakap Pasukan Bertindak COVID-19 Pekanbaru, Mulyadi, dipetik berkata, berdasarkan peningkatan kes minggu lalu, kesan gelombang kedua dijangka lebih teruk lagi.

Korban Covid-19 cecah 2,754 orang

Tindakan wilayah dan bandar di serata Indonesia mula melonggarkan perintah kawalan dikhuatiri memburukkan lagi pandemik di republik itu.

Setakat hari ini, COVID-19 menjangkiti 54,010 mangsa termasuk mengorbankan 2,754 orang di Indonesia iaitu kadar tertinggi di Asia Tenggara.

Semoga warga Indonesia terus semangat dan bersatu dalam menangani isu Covid-19 ini.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.