Aktiviti berbasikal kini menjadi trend yang amat popular di Malaysia sejak kebelakangan ini kerana ianya merupakan sebuah aktiviti riadah yang sihat dan menarik.
Ramai yang mula meminati dunia sukan berbasikal, bukan sahaja lelaki bahkan kaum wanita, malah golongan artis juga menunjukkan minat berbasikal sehinggakan ada yang mempunyai basikal (road bike) sendiri walaupun harganya agak mahal.
Namun pun begitu, seperti yang kita tahu, aktiviti ini terdedah dengan pelbagai risiko bahaya bukan sahaja kemungkinan berlaku kemalangan jika berbasikal di tempat yang tak sepatutnya, terdedah kepada jenayah malah untuk kaum wanita, mereka juga terdedah dengan ‘lelaki hidung belang’.
Sama juga seperti kiah yang tular di laman TikTok baru-baru ini dimana memaparkan seorang wanita yang diganggu oleh seorang lelaki ketika bermain basikal di kawasan perumahan.
Difahamkan, gadis ini baru pulang daripada kerja dan keluar berbasikal pada waktu malam. Tanpa di duga, dia dihampiri seorang lelaki yang menaiki motorsikal.
Gadis ini disapa lelaki terbabit dan dikatakan pada awalnya dia memberitahu gadis tersebut dia sedang meronda di kawasan itu.
Namun secara tiba-tiba dia lelaki tersebut berkeras meminta gadis ini untuk pulang dengan alasan sudah lewat malam.
Mengulas lanjut, lelaki itu juga sempat untuk meminta nombor telefon, bertanya nama dan tempat tinggal.
Apabila gadis ini cuba merakam situasi tersebut untuk keselamatan, lelaki ini tiba-tiba mengatakan dia peronda keselamatan.
Menerusi video tersebut, lelaki yang berbaju hitam itu juga menyatakan dia ingin menampar gadis ini namun dengan berani gadis ini melawan.
Gadis ini cuba menjerit meminta tolong namun tiada siapa yang berani untuk keluar dan hanya melihat daripada pagar sahaja.
Walaupun situasi telah menjadi tegang, namun individu terbabit masih tidak berganjak.
Akhirnya, hanya ada seorang ‘uncle’ sahaja yang berani untuk mendekati dan meminta lelaki itu untuk balik.
Video yang tular di TikTok:
“Jerit macam nak mati kat situ org keluar rumah tapi tgk je drpd dalam pagar”
“Bukan peronda keselamatan cuma peronda keselamatpet”
Ketika artikel ini ditulis, video tersbeut telahpun meraih 1.5M tontonan, 143.2K tanda suka, 7748 komen dan 5768 perkongsian di laman TikTok.
Menjengah di ruangan komen, ada segelintir yang mempersoalkan mengapa gadis ini berbasikal berseorangan pada waktu malam dan ada juga yang pelik mengapa jiran hanya berdiam diri dan melihat dari dalam pagar sahaja.
Namun pun begitu, rata-rata netizen ‘salute’ dengan tindakan berani gadis ini yang tidak berdiam diri apabila diganggu.
Walau bagaimanapun setakat ini report polis telah pun di buat dan disahkan lelaki tersebut bukanlah peronda kawasan seperti yang dikatakan.
Difahamkan, lelaki tersebut boleh ditangkap jika mengekori gadis tersebut lagi.
Gadis ini juga mengucapkanterima kasih kepada semua yang memberikannya nasihat dan mengatakan ini merupakan satu pengajaran agar tidak mudah percaya orang yang mengaku sebagai peronda kawasan ataupun polis.