[VIDEO] Makanan Sering Hilang, Rupanya Ada ‘Sosok Seram’ Menumpang Dalam Rumah
Kita selalu mendengar tentang entiti-entiti misteri yang menggangu kehidupan orang. Sesiapa sahaja yang menghadapi perkara ini pasti akan mempunyai rasa takut dan seram sejuk lebih-lebih lagi apabila tinggal sendirian.
Sama seperti seorang individu lelaki yang menemukan susuk tubuh entiti misteri yang berkeliaran di dalam rumahnya melalui kamera litar tertutup.
Menurut individu tersebut, sebelum ini makanan di rumahnya seringkali hilang sedangkan dia hanya tinggal bersendirian dan tiada sesiapa yang datang ke rumahnya.
Dia yang berasa curiga dengan hal itu, telah membuat keputusan untuk meletakkan kamera di dalam rumahnya bagi menyiasat punca kehilangan barang di dalam rumahnya.
Namun apa yang mengejutkan apabila dia melihat susuk tubuh wanita yang seram tinggal di dalam almari di dapur rumahnya.
Menurut video yang tular di Youtube itu, kelibat wanita itu difahamkan keluar daripada ruangan yang tinggi iaitu dalam almari dan turun perlahan-lahan ke bawah sebelum pergi ke singki untuk membuang air.
Lalu wanita itu kemudiannya pergi ke peti sejuk untuk mengambil makanan dan dilihat duduk di sofa sambil menonton televisyen.
Dia juga dilihat mengambil makanan dan snek di dalam peti sejuk sebelum pulang ke lokasi persembunyiannya.
Apabila mendapati segala bukti telah ada, pemilik rumah tersebut telah menghubungi dan membuat laporan polis untuk menahan wanita misteri yang dipercayai menceroboh rumahnya dan menetap di dalam almari itu lebih daripada dua minggu.
Menurut lelaki itu lagi, dia tidak pasti bagaimana wanita itu boleh masuk ke dalam rumahnya dan terfikir untuk tinggal di dalam ruangan tinggi itu selama dia berada di rumah.
“Saya tak tahu macam mana dia boleh masuk ke situ. Satu-satunya laluan masuk ialah melalui tingkap kerana saya berada di tingkat atas dan ada laluan kecemasan,” kata lelaki itu.
“Pihak polis percaya dia datang untuk merompak saya, bila saya tiada, dia putuskan untuk terus tinggal di ruangan berkenaan.
Video itu telah dirakam pada 2009 namun kembali tular selepas mendapat lebih 20 juta tontonan di laman Youtube setakat artikel ini ditulis.