Sepert yang diketahui umum, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah dan Permaisuri Agong, Tengku Azizah sememangnya berjiwa rakyat.
Selain mesra dengan rakyat, baginda turut mencemar duli sanggup turun padang melihat kehidupan rakyat jelata.
Tengku Hassanal Ibrahim makan gerai tepi jalan
Menerusi perkongsian di laman Twitter, seorang pengguna memuat naik video baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah bersama Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim makan di sebuah gerai ditepi jalan. Memang sempoi betul Raja kita!
Video berdurasi 2 minit tersebut menyaksikan baginda Al-Sultan Abdullah sedang menjamu selera di sebuah gerai bersama anakanda, Tengku Hassanal.
Apa yang menarik perhatian netizen adalah cara tuan kedai tersebut merakam sambil sempat mengusik Tengku Hassanal yang sedang bermain telefon.
Baginda sempat memuji masakan kedai tersebut
Siap panggil dengan panggilan ‘abang handsome’. Fuh bertuah kakak kedai itu dapat senyuman manis dari Pemangku Raja kita.
Dalam perbualan tersebut, Raja Agong sempat memuji masakan kedai tersebut yang katanya sangat sedap.
Baginda sempat berbual mesra dengan pemilik kedai
Daripada perbualan itu, boleh dikatakan baginda sering menikmati makanan di gerai itu sehingga boleh berbual mesra bersama kakak kedai itu.
Baginda sempat bertanya mengenai arwah ayah kakak kedai ini dan beberapa orang yang dikenali baginda. Memang mesra betul, dah gaya macam kawan-kawan sahaja.
Netizen puji sikap ramah baginda yang tidak sombong dan mesra rakyat
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji sikap ramah yang ditonjolkan dalam diri baginda yang sememangnya dilihat tidak sombong dan mesra rakyat.