Connect with us

Viral

[VIDEO] “Malam tadi mimpi Abi..” Anak Anggap Bapa Masih Hidup, Ibu Sebak

Diduga dengan pemergian orang tersayang, bukanlah satu perkara yang mudah. Tambahan pula apabila anak-anak masih kecil dan masih belum faham apa yang telah terjadi.

Walaupun sudah setahun si bapa pergi menghadap ilahi, namun puteri sulung yang baru berusia empat tahun bagaikan masih belum mengerti akan apa yang berlaku.

Tiap kali ziarah pusara, Alisha bagaikan mengharap bapanya pulang

Setiap kali dibawa menziarahi pusara, bicara Nur Alisha bagaikan mengharapkan bapanya, Fakaruddin Abdul Talib yang meninggal dalam kemalangan jalan raya pada Oktober tahun lalu agar pulang semula seperti sedia kala.

Memetik laporan mStar, kisah ini diceritakan oleh ibu saudaranya, Haliza, 29, yang turut mengakui masih lagi terkesan dengan pemergian abangnya.

Dia memang minat dengan motosikal

Menerusi rakaman video yang dikongsi sewaktu anak kecil itu dibawa ke pusara juga bagaikan mengimbas saat pertama kali mereka dikhabarkan dengan kejadian duka tersebut.

BACA: “Amalannya sangat luar biasa,” Pemergian yang dicemburui, Pelajar Malaysia Meninggal Sehari Selepas Tiba Di Mesir

“Masa tu arwah abang saya nak balik dari Kuala Lumpur ke Batu Pahat, Johor. Dia bekerja di sana dan berulang-alik seminggu atau dua minggu sekali untuk berjumpa keluarga”.

“Biasanya dia akan ambil bas, pada waktu itu dia naik motor. Tapi kami tak risau, sebab dia memang dah terbiasa ikut konvoi motor sehingga ke Thailand”.

Tak sangka penghujung hayatnya dengan motor

“Tak sangka penghujung hayatnya dengan motor. Dia memiliki minat yang sama dengan ayah saya, sama-sama suka motor”.

“Sebenarnya arwah abang saya nak bawa isteri dan dua anak perempuan berpindah ke Kuala Lumpur”.

Alisha seolah menganggap bapanya masih ada

“Dia baru sebulan duduk di rumah baharu, tunggu hujung tahun untuk proses berpindah sebab kakak ipar kerja tadika, nak tunggu cuti sekolah hujung tahun dahulu. Tapi tak kesampaian”.

“Setiap kali kakak ipar bawa anaknya ke kubur, Alisha yang sulung seolah-olah anggap bapanya masih ada,”.

Ujar Haliza lagi yang kini bertugas di Kuala Lumpur, Alisha cukup rapat dengan arwah bapanya.

Dua minggu sekali kakak ipar akan bawa anak-anaknya ke kubur

Malah, dia juga mengakui mengerti akan kesedihan yang dialami kakak iparnya setelah kematian suami, khususnya untuk menjawab soalan Alisha yang masih belum mengerti apa yang berlaku.

“Biasanya dua minggu sekali kakak ipar akan bawa anak-anaknya ke kubur. Masa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hari tu, lama tak ziarah kubur”.

Menerusi Instagram mStar juga turut berkongsi satu video adik Alisha yang teruja mahu pergi melawat pusara ayahnya itu.

Alisha juga demam selepas bapanya meninggal dunia

“Alisha akan tanya, bila polis (sekatan jalan raya) nak balik… sebab dia nak ajak pergi ke kubur. Kakak ipar menetap di Segamat, dalam sejam juga nak datang ke kubur di Batu Pahat.

“Alisha juga pernah demam selepas bapanya meningal dunia. Mungkin sebab rindu sangat”.

Malam tadi dalam mimpi Abi cakap nak balik

“Bagi saya, apa yang berlaku berat untuk kakak ipar saya. Tanggungjawab untuk jaga dua anak bila suami dah tak ada”.

“Bila teringat Abi, anak akan tanya. Kita sebagai ibu, berat nak jawab. Tapi budak-budak tak faham lagi”.

“Alisha juga pernah tanya emak dia, Abi tak balik ke? Malam tadi jumpa Abi dalam mimpi, dia kata nak balik,” imbas Haliza lagi.

Saya turut rasa terkesan

Dia turut sebak mengenangkan segala kenangan bersama abangnya termasuklah majlis persandingan yang dijalankan serentak pada tahun 2015.

“Saya rasa terkesan, sebab majlis persandingan abang dan majlis saya dibuat bersama pada tahun 2015.

“Masa saya hamil anak pertama, kakak ipar saya pun tengah hamilkan Alisha. Cuma kelahiran berbeza sebulan,” dedah Haliza lagi.

Semoga adik Alisha sekeluarga terus kuat dan tabah melalui hari-hari mereka tanpa orang yang tersayang.

Follow YOY Network di laman Instagram untuk pelbagai info dan video menarik!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by YOY Network (@yoynetwork)

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.