Baru-baru ini kisah percintaan Fizo Omar dan isterinya yang juga merupakan bekas pramugari Qatar Airlines yang berasal daripada Sarawak menjadi tumpuan ramai.
Khabar pernikahan mereka nyata menjadi satu bualan hangat sekaligus merupakan ‘surprise’ kepada para peminat dan rata-rata netizen menyifatkan mereka bagai pinang dibelah dua di hari pernikahan oleh kerana begitu serasi.
Bukan itu sahaja, malah kejelitaan isteri Fizo juga mendapat pujian ramai dan ramai yang tidak menyangka anak tunggal kepada Fizo Omar yang bernama Wan Maryam juga terlihat sangat rapat dan mesra dengan ibu baru.
Menerusi video pendek Ig Story yang dikongsikan oleh Fizo Omar, dia sempat membuat pendedahan ekslusif mengenai kenangan kali pertama mengenali isterinya, Fazeera.
Difahamkan, Fazeera merupakan seorang pramugari yang ketika itu tinggal di luar negara.
Namun bak kata orang tua, ‘kalau dah jodoh tidak kemana’, takdir menemukan mereka saat Fazeera pulang ke Malaysia sewaktu MCO.
Mungkin pada pandangan orang perkenalan Fizo dan Fazeera merupakan perkenalan yang singkat namun siapa yang mampu menolak takdir yang sudah tertulis.
Oleh kerana hadir perasaan cinta dan saling menyayangi, Fizo dan Fazeera menjalin ikatan halal pada 21 Oktober lalu yang diadakan secara tertutup di Bidaisari Resort, Janda Baik, Pahang.
Walau pun begitu, apa yang paling penting bagi Fizo adalah penerimaan Maryam memandangkan puterinya itu masih lagi berusia 3 tahun.
Dalam masa yang sama, apa yang buatkan netizen berdekah adalah Maryam yang juga ada di pangkuan Fizo kedengaran bercakap sesuatu mengenai ATV sebelum mulutnya ditutup sebentar ketika ayahnya sibuk bercerita.
Ekoran itu, ada juga yang berseloroh menyifatkan gelagat Maryam yang ‘diibaratkan pecah rahsia tentang perkenalan antara ayah dan ibu tirinya itu.
Video yang tular di laman TikTok:
Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 379.3K tontonan ,11.5K tanda suka, 59 komen dan 171 perkongsian di laman TikTok.
Meninjau di ruangan komen rata-rata warga netizen mendoakan yang terbaik buat pasangan ini agar bahagia sehingga ke anak cucu.
Untuk rekod Fizo pernah mendirikan rumah tangga dengan usahawan terkenal iaitu Mawar binti Abdul Karim pada November 2013 namun bercerai pada 10 Julai 2019.
Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan seorang anak perempuan bernama Wan Maryam.