Ibu angkat kepada adik Amir, Norlida Abu Hassan berasa terkilan dan meluahkan kekesalan tidak mempertahankan hak anak itu dari di serahkan kepada ibunya.
“Saya rasa menyesal kerasa saya sepatutnya mempertahankan (hak untuk terus menjaga arwh) , saya juga faham perasaan ibu kandung yang rindukan arwh..”
Tiada sebarang perjanjian
Norlida turut berkata sewaktu mengambil arwh, tiada membuat apa-apa perjanjian dan kami menerima seadanya dan merasanya arwah membawa sinar buat keluarganya.
Menyingkap kembali bagaimana Amir berada di bawah jagaannya, menurut Norlida, dia hanya menghulurkan pertolongan kerana ketika itu ibu kandung kanak-kanak tersebut sedang menyambung pengajian dan masih belum stabil dari segi kewangan.
“Di sini, dia ditimang dengan penuh kasih sayang sebab dia adalah ‘adik bongsu’. Manakala anak-anak saya yang lain dah besar semuanya, yang paling bongsu pun 17 tahun. Abang-abang dan kakak-kakaknya layan dia dengan penuh kasih sayang,” kata wanita berusia 50 tahun ini.
“Ibunya adalah rakan kolej anak saya. Anak saya selalu bercerita dia simpati dengan kakak seniornya yang terpaksa jaga baby dalam masa yang sama bekerja dan belajar.
“Memang saling tak mengenali pun, tapi saya turut simpati bila dengar cerita anak. Kemudian saya tawarkan pertolongan untuk jaga bayinya itu. Saya dengan berbesar hati terima bayi tersebut seperti anak sendiri.
“Kepada ibunya, saya katakan usah bimbang… belajar dan selesaikan urusannya dulu, hal perbelanjaan susu, lampin pakai buang jangan difikirkan. Ada la rezeki Amir ni nanti.”
Anak-anak kandung Norlida melayan Amir seperti adik bongsu mereka
“Hari demi hari hinggalah menjangkau usia Amir enam tahun, kemudian ibunya serius suarakan hasrat nak ambil Amir semula. Pada tanggal 13 Oktober lalu, ibu kandung Amir datang menjemputnya di rumah kami di Rawang, Selangor untuk dibawa pulang ke Melaka,” cerita ibu kepada lima cahaya mata ini.
Namun kata Norlida, dia sedikit terkilan kerana tidak berpeluang untuk menyambut hari jadi Amir yang jatuh pada Disember akan datang.
“Amir nak sangat kereta mainan remote control tapi tak sempat nak beli sebab semua terlalu pantas. Pada mulanya nak awalkan sikit sambut hari jadi dia sebelum hujung Oktober ini, namun apakan daya.
“Saya selalu berhubung sama ada dengan ibu dan bapa tirinya untuk mengetahui perkembangan Amir. Rindu tak usah cakap. Saya tak boleh lihat baju sekolahnya, gambar ataupun video. Cepat luruh air mata.
Norlida tidak mampu melihat gambar atau barangan milik Amir kerana mudah tersentuh.
“Sepanjang besarkan Amir, saya sentiasa terbuka dan terangkan mengenai ibu kandungnya. Tak pernah pun terniat untuk rebut Amir sebab saya memang sedar akan hakikatnya. Saya anggap apa yang dilakukan untuk Amir adalah jambatan syurga untuk saya,” katanya.
Memahami situasi yang dihadapi kebanyakan keluarga angkat yang turut melalui situasi sama sepertinya, Norlida turut menitipkan nasihat kepada mereka yang berkenaan agar belajar untuk reda.
“Bagi mereka yang memelihara anak angkat, kena bersedia kerana anak tersebut memang bukan anak kandung kita. Kena faham hakikat tersebut. Lapangkan hati dan tanamkan dalam jiwa bahawa kita sedang menjaga rahmat Allah,” akhirinya.
Menerusi pemerhatian di laman Instagram milik kakak angkat Allahyarham iaitu @tufahnazira, dilihat banyak memuatnaik momen-momen bersama Amir.
“Rehatlah adik kat sana yee kami redha atas pemergian adik daripada adik terus tersksa tanpa pengetahuan kami.. Syurga buatmu dik Maafkan kami tak pertahankan adik, kami takde waktu adik susah kami minta maaf sngt2.. adik maafkan kami tau,”
Salah satu muatnaiknya yang menjadi perhatian netizen adalah di mana pertemuan terakhir mereka dengan Amir.
“Masa ni ayah tiri amir bawak amir jumpa kami secara diam2 tanpa pengetahuan mak kandung dia.. bayangkan kami nak jumpa amir pon mcm kena seluddup diam2.. siap pesan dekat amir “adik jgn bgithu mama tau nnti”, respon amir “okay2”..
Rata-rata netizen meluahkan rasa simpati terhadap apa yang berlaku kepada adik Amir dan mengutarakan pandangan masing-masing dengan apa yang berlaku.
“Kira pak tiri dia ni baik la ye. patutla masa amir dah arwh tu pak tiri dia yang pegi reportpolis. Moga ummi dan keluarga tabah. Allah sayangkan Amir. Tak apa la walaupun cara dia pergi kejjam kat dunia ni. Tapi dia dah bahagia di syurga Allah.” – Raihanadiana
“Salam takziah…sedih ye…haritu nengok video adik amir berpisah dgn famili pun kami turun nanges..sampai betul hati mak kandung buat mcm tu kat dia… ” – Azira76
“Allahu. title mak kandung hanya melahirkan shja.Yg mmbesarkn dari kecil keluarga n ibu ayah angkat nya penuhkasih syg😢😢anak syurga” – Sue