Connect with us

Viral

[VIDEO] Mat Salleh Ajuk Isteri Cakap Melayu Buat Netizen Terhibur

Jodoh seseorang itu akan datang tepat apa waktunya dan cinta itu tidak mengenal usia, bangsa ataupun negara.

Tidak dapat dinafikan penyatuan pasangan yang berbeza bangsa ini akan mengembangkan lagi tali persaudaraan sesama keluarga yang mempunyai adat dan budaya yang berlainan.

Lagipun, kahwin campur pada zaman sekarang bukanlah suatu perkara asing lagi dalam kalangan masyarakat di Malaysia.

Terbaru, tular sebuah video di laman TikTok @rhainna_natasha memaparkan seorang Mat Salleh mengajuk cakap isterinya telah mencuri tumpuan.

Menerusi video tersebut, kelihatan dia sedang merakam suaminya berjalan di sebuah parking lot.

Namun, apa yang menarik perhatian ramai apabila apabila Mat Salleh itu dilihat cuba mengajuk cakap isterinya dalam Bahasa Melayu dengan tiga ayat ringkas.

Apa yang membuatkan netizen ‘berdekah’ adalah cara bercakapnya dengan slang yang digunakan agak pelat dan comel itu membuatkan si isteri tidak kering gusi.

Siapa sangka, ketika artikel ini ditulis, video tersbeut telah pun maraih 2.8M tontonan, 367.1k tanda suka, 4508 komen dan 5552 perkongsian di Tiktok.

Video tular di laman Tiktok

@rhainna_natasha Can’t stop laughing i swear 😂😅 #foryoupage #fyp #mixmarriage ♬ original sound – Rhainna

Dalam pada itu, terdapat juga netizen yang meminta Natasha untuk memuat naikvideo semasa majlis akad nikah.

“I’m so proud of him! Walaupun bukan sekali lafaz but he took the initiative to do it in Bahasa”

@rhainna_natasha Reply to @rayhansyahirah ♬ original sound – Rhainna

Rata-rata netizen trhibur dengan telatah pasangan suami isteri ini sehinggakan ada segelintir warga netizen meminta tips bagaimana hendak mencari jodoh dari negara lain sepertinya. Amboii laju betul netizen buat kerja ya!

“sepupu dia ada yang bujang tak?”

“part ‘gewram la’ comel gilaaaa”


“spill how to find foreigner husband cuz im desperately need one”

“hello polis ada orang tak hormat orang single”

“this is sign for me to study in UK”

“nak dekat 10 kali dah aku tengok video ni hurm”

“seronok pula dengar hahahahahahaha”

“banyak kali ulang video ni..”

“so i guess my jodoh not in Malaysia”

“okay let’s travel girl and make sure curi someone like this”

Nak faham bahasa pasangan yang lain bangsa ni bukan mudah, mungkin mengambil masa yang agak lama untuk mereka sama-sama mempelajari budaya dan adat masing-masing.

Tapi apa-apa pun lelaki ini buktikan yang dia sedang cuba mempelajari bahasa pasangannya. Hebat dan comel betul!

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.