Tidak semua dari kita bernasib baik dilahirkan dari keluarga yang senang. Ada di antara kita terpaksa mengerah keringat demi mencari rezeki buat keluarga tercinta.
Ketika rakan-rakan lain sedang sibuk bermain diluar, ada anak-anak kecil yang sudah belajar untuk mencari rezeki demi meneruskan kelangsungan hidup.
Seperti kisah seorang kanak-kanak dari Indonesia ini. Dia terpaksa melupakan masa kanak-kanaknya untuk keluar bekerja demi membantu keluarga.
Badannya dicatkan warna silver disebabkan kerja yang dilakukannya
Sebuah video telah tular di media sosial memaparkan seorang kanak-kanak lelaki memasuki sebuah kedai serbaneka di Indonesia.
Apa yang menarik perhatian ramai adalah keadaan wajah dan badannya yang dicat menggunakan warna silver.

Kanak-kanak itu tidak berkasut
Difahamkan, badannya berwarna silver disebabkan kerja yang dilakukannya. Malah, kanak-kanak ini tidak berkasut dan terus menuju ke bahagian yang menjual makanan segera.
Sedih melihat keadaan kanak-kanak itu, salah seorang pelanggan di kedai serbaneka telah mendekatinya dan membelikan ais krim buat kanak-kanak tersebut.

Mahu membeli mi segera buat ibu guna wang hasil pekerjaannya
Menerusi video tersebut, dia kelihatan gembira menerima pemberian itu dan mengucapkan terima kasih kepada si pemberi.
Apabila ditanya, kanak-kanak ini memberitahu bahawa dia ingin membeli mi segera buat ibu di rumah dengan menggunakan wang hasil pekerjaannya pada hari itu.

Kanak-kanak itu mengira duitnya di atas lantai
Tidak disangka-sangka kanak-kanak ini telah mengeluarkan duit hasil pekerjaannya dan mengira wang tersebut di atas lantai sambil diperhatikan oleh seorang pekerja di kedai serbaneka itu.
Mejenguk ke ruangan komen, rata-rata netizen tersentuh dengan sifat yang ditunjukkan oleh kanak-kanak itu.
Mereka turut berdoa supaya kanak-kanak itu dimurahkan rezeki supaya dapat membantu keluarganya mencari rezeki.