Connect with us

Selebriti

[VIDEO] Menangis Terharu, Fasha Buat Surprise Untuk Suami Umum Hamil 3 Minggu

Pelakon cantik popular Fasha Sandha ataupun nama penuhnya Nur Fasha Sandha Hassan telah memberikan kejutan buat suami tersayangnya, Aidil Aziz selepas mengetahui dirinya kini sedang berbadan dua.

Sewaktu menjalani sesi fotografi di Studio Pinography di Shah Alam, Fasha sempat merakamkan kejutan dilakukan buat suaminya yang turut dikongsi Aidil di laman sosialnya.

Ternyata, Aidil sangat terharu dengan kejutan itu dan turut menangis kegembiraan, selepas mengetahui Fasha kini mengandung.

Baca: Biodata Fasha Sandha

Walau bagaimanapun, Fasha memberitahu kandungannya baru berusia tiga minggu dan belum berkesempatan bertemu doktor untuk pemeriksaan lanjut.

Video Kejutan Aidil Menangis Sebak

 

View this post on Instagram

 

Kena surprised masa photoshoot dekat studio @pinography . Thanks Allah,Isteri & Family.🤗

A post shared by Aidil Aziz (@itsaidilaziz) on

Pada mulanya dia berasakan perubahan pada dirinya sudah mengandung apabila kebelakangan ini sering muntah.

Fasha juga berkata ketika itu dia terfikir mungkin tersalah makan, bagaimanapun kitaran haid lewat membuatkannya mengesyaki sedang berbadan dua.

“Perasaan semakin kuat mengatakan saya mengandung apabila pagi tadi berasa tidak sedap badan.

“Sebelum datang ke studio fotografi saya terus melakukan ujian menggunakan alat ujian kehamilan dan Alhamdulillah positif.

“Cuma, saya tidak mahu komen banyak sangat mengenai kehamilan ini kerana masih di peringkat awal. Apapun saya bersyukur kerana hajat Aidil untuk cepat dapat anak termakbul,” katanya.

Apabila tiba di Studio Pinograpy, Fasha sempat meminta jurugambar merakam kejutan yang dilakukan.

Bagi Aidil pula, dia bersyukur apabila menerima kejutan daripada Fasha.

“Saya sangat gembira, tetapi dalam waktu sama tidak mahu bercerita lanjut kerana usia kandungan masih baru. Selalunya perkara seperti ini dikongsi selepas usia kandungan berusia tiga bulan.

“Kepada peminat saya mengharapkan mereka mendoakan perkara yang baik supaya kandungan dan isteri sihat serta selamat sepanjang proses mengandung ini,” katanya.

Tahniah sekali lagi buat Fasha Sandha dan Aidil Aziz di atas berita gembira ini.

Continue Reading
Advertisement
1 Comment

1 Comment

  1. Pingback: "Terima kasih Allah tumpangkan ‘Anak Syurga’ dalam rahimku" - Fasha Sandha | YOY Network

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.