Heliza Helmi berkongsi detik hampir syahid dibeedil ketika dalam misi kemanusiaan Bedilan peluru disana sini, saban hari akan ada sahaja berita kematian dan langit sentiasa dipenuhi debuan asap akibat daripada bedilan bom, inilah yang sedang berlaku di negara Islam yang sedang ditindas.
Keadaan di sana memang cukup bahaya, tapi itu bukanlah penyebab buat penyanyi dan sukarelawan Heliza Helmi untuk tidak turun ke bumi bergolak bagi menghulurkan bantuan. Kami diarahkan untuk lari sebab akan ada peluru dilepaskan
Dalam satu temubual bual bersempena hari wanita, Heliza telah menceritakan detik cemas ketika melakukan aktiviti sukarelawan di bumi Palestin, apabila secara tiba-tiba mereka mendapat panggilan supaya beredar dari kawsan yang dilawati kerana satu peluru akan dilancarkan ke arah mereka.
Menyorok dalam liang lahad, kami terus tawakal pada Allah Berderaunya darah, menurut Heliza lagi dia dan aktivis lain segera melarikan dari tempat tersebut dan bersembunyi di dalam liang lahad kerana jika sampai masa sudah ada tempat untuk disemadikan. Heliza berkata, hanya tawakal dan berserah kepada Allah kerana jika mereka terus lari menggunakan kenderaan mudah untuk mereka menjadi sasaran peluru.
Allahu, meremang dan bergetar jiwa mendengar kisah srikandi Islam ini yang tidak sedikit pun ada rasa gentar dalam jiwanya untuk berbuat bakti di jalan Allah. Semoga perkongsian ini mampu membuka mata dan hati supaya kita menjadi hamba yang bersyukur serta sentiasa mendoakan supaya suadara Islam kita disana mencapai keadilan kelak.
Sumber: Facebook Suria FM