Isu pelarian Rohingya terus menjadi isu hangat. Kali ini telah tular video menunjukkan pelarian Rohingya berlabuh di Acheh.
Penduduk Acheh dikatakan ingin membantu kapal pelarian Rohginya yang ditemui terumbang ambing di laut sejak beberapa hari.
Nelayan Acheh selamatkan kapal pelarian Rohingya
Difahamkan pada hari Khamis lalu, nelayan Aceh telah menyelamatkan 94 pelarian Rohingya.
Kesemua mereka terdiri daripada 15 lelaki, 49 perempuan dan 30 kanak-kanak ketika bot yang dinaiki mereka hampir tenggelam.
Kapal itu dibantu dari segi logistik dan dikeluarkan semula ke laut
Ekoran dari itu, nelayan Aceh kemudiannya membuat laporan perkara ini kepada pihak berwajib.
Namun begitu, selepas dibantu dari segi logistik, makanan dan minuman, pihak berkuasa di sana membuat keputusan untuk keluarkan mereka semula ke laut.
Warga Acheh mahu pelarian dibawa ke darat
Tidak sefahaman dengan pihak berkuasa mengenai keputusan tersebut, warga Aceh di sana telah melawan.
Warga Acheh mendesak pihak berkuasa agar pelarian-pelarian ini di bawa ke darat atas dasar kemanusiaan.
Di Malaysia mereka ditolak, di Acheh mereka diterima
Menerusi satu perkongsian di laman Twitter BBC Indonesia, satu video telah tular memaparkan mengenai insiden tersebut.
“Ini bicara dari hati ke hati tidak ada yang menerima mereka. Di Malaysia mereka ditolak, di mana-mana ditolak. Hanya di Aceh mereka diterima.”
Pemimpin enggan namun warga Acheh berkeras
Malah, penduduk kampung di sana juga turut cuba untuk menyelamatkan pelarian-pelarian ini dan sanggup membantu mereka walaupun pemerintah enggan berbuat demikian.
Selepas pihak berkuasa melakukan rundingan dengan penduduk kampung di situ, mereka tetap mahu meneruskan niat membantu pelarian-pelarian tersebut.
Warga Acheh akan sumbangkan beras dan memasak
“Kalau diturunkan ke darat, kami akan membantu semampu kami. Jika tidak dibantu oleh pemerintah, warga yang akan menyumbangkan beras dan memasaknya.”
Selepas menerima desakan tanpa henti warga Aceh, akhirnya pemerintah mengalah dan membawa pelarian-pelarian ini ke darat.
Pelarian Rohingya dibawak ke Desa Lancok
Mereka di bawa ke Desa Lancok, Lhokseumawe di mana semua pelarian perlu menjalani ujian rapid Covid-19 dan ditempatkan di pejabat bekas imigresen di sana.
Menjenguk ke ruangan komen, rata-rata netizen meninggalkan pendapat dan reaksi mereka mengenai isu tersebut.