Connect with us

Viral

[VIDEO] “Mertua slalu memanjakan diriku,” Layanan Mak Mentua Pada Menantu Tak Sihat Buat Ramai Tersentuh

Apabila seseorang itu berkahwin, dia bukan sahaja berkahwin dengan pasangannya tetapi dia juga berkahwin dengan keluarga dan kehidupannya.

Walaupun menerima keluarga mertua tidaklah semudah yang disangka, namun kita boleh mencuba dan mengambil masa untuk menyesuaikan diri dengan ragam mereka yang tersendiri.

Malah, hanya kerana kita sering di sajikan dengan drama di televisyen yang mana selalunya mertua tidak akan menyukai menantu, ramai  diluar sana berada bimbang akan melalui situasi berkenaan.

Ramai mereka di luar sana mempunyai mertua yang baik

Ada ramai diluar sana mempunyai mertua yang menyukai mereka dan menyenangkan. Namun begitu tidak semua dari kita dapat merasa nikmat itu.

Seperti kisah seorang gadis ini yang bertuah apabila mendapat mertua yang memahaminya dan menjaganya seperti anaknya sendiri.

Momen indah bersama mertua

Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh wanita ini di aplikasi TikTok, beliau berkongsi momen indah bersama mertuanya.

Beliau turut meluahkan rasa syukur apabila dirinya telah diterima baik dan dikurniakan keluarga suami yang baik hati.

Sayang menantu sampai bagi makan ubat dalam kereta

Malah dia turut memberitahu mertuanya mengambil berat akan dirinya dan juga menjadi tempat dirinya meluahkan rasa.

Dalam video yang dikongsikan kelihatan mertuanya sedang memberikannya ubat apabila mendapati dirinya tidak sihat.

Kelihatan seorang wanita bertelekung putih di dalam keeta menghulurkan ubat dan juga minuman buat menantu kesayangannya.

Suami dan keluarga mertua selalu memanjakan diriku

Alesya pernah mengakui berasa bimbang mendapat mertua yang tidak baik kerana sering melihat perkara tersebut di dalam kaca televisyen..

“Suami dan keluarga mertua yang slalu memanjakan diriku, dulu pernah takut mertua itu kayak di filem-filem,” tulisnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut memuji sikap dan layanan baik mertua wanita ini.

@bisnishomealeshaSuami dan Kluarga mertua yg slalu memanjakan diriku🥺🥺🥺, dulu pernah takut mertua itu kayak di film2 kejam@😭♬ Percayakan Rindu – tasya🕊

Netizen tumpang gembira lihat keakraban menantu dan mertua

Mereka juga tumpang gembira melihat keakraban kedua-duanya dan memberitahu Alesya bertuah mendapat keluarga mertua yang baik.

Perkongsian video yang di kongsikan oleh wanita ini di aplikasi TikTok telah meraih hampir 250,000 tontonan setelah dimuat naik.

 

 

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.